Terjatuh Dari Kantung Ibunya Semasa Melarikan Diri, Kini Teddy Bear Jadi Kawan Baiknya

Beberapa ujikaji yang telah dilakukan telah menunjukkan bahawa berkawan terbukti memberikan kesan besar kepada kesihatan dan kesejahteraan kita. Oleh sebab itulah setiap daripada individu memerlukan kawan termasuk juga haiwan.

Walaupun persahabatan itu hanyalah datang objek yang dijadikan boneka, namun ia mampu membantu seseorang itu merasa selesa dalam kehidupannya.

Doodleburg, seekor anak kanggaroo yang tidak mempunyai ibu tinggal di wilayah Northern Rivers terletak di New South Wales Australia. Kanggaroo ini dijaga pusat pemulihan hidupan liar Gillian Abbot. Penasihat kepada senator greens bagi Tasmania Peter Whish-Wilson telah berperanan menjaga Doodlebug sejak kanggaro itu masih bayi semasa ditemui bersendirian di hutan.

“Kanggaroo ini mungkin terjatuh dari kantung ibu atau mungkin juga ibunya meninggal dunia” kata Beshara kepada Daily Mail.

“Dia baru sahaja berumur beberapa bulan semasa dia diserahkan kepada syarikat hidupan liar ibu saya WIRES. Sejak daripada itu, dia telah dirawat dan kini boleh melompat-lompat di sekitar hutan. Dia akan kembali semula untuk makan dan akan berpelukan sekali-sekala.

Walaupun Doodlebug ini cukup besar dan sihat untuk kembali ke habitat asalnya, kanggaroo kesepian itu dilihat masih belum bersedia untuk menghadapi dunia sebenarnya tanpa bantuan dari Abbot dan organisasi yang menjaganya selama ini. Abbot berpandangan bahawan Doodlebug masih seperti bayi, dia memerlukan rakan, teman untuk dihiburkan dan boleh membantunya membesar. Atas sebab ini, pihak organisasi ini memberikan seorang beruang mainan.

“Doodlebug nampaknya dilihat bertindak balas terhadap mainan dengan cara yang sama macam kanak-kanak kecil. Kanggaroo ini menganggap beruang mainan itu adalah temannya” Kata Abbot.

Kanggaro itu telah kehilangan ibu dan tempat tinggalnya, jadi tidak hairanlah mengapa dia bertindak memeluk beruang kegemarannya itu. Dengan bantuan kawan boneka itu, kanggaroo itu akan pulih dengan lebih cepat dan boleh kembali ke habitat asalnya.

Jom kenali kanggaroo

Kanggaroo adalah haiwan yang mempunyai kaki belakang yang besar dan cukup kuat untuk melompat, ekornya yang besar dan berotot mampu membuatnya mengimbangkan diri dan berkepala kecil. Bagi kanggaroo betina, keunikan yang ada padanya ialah mempunyai kantung atau disebut marsupium bagi melengkapkan perkembangan posnatum anaknya.

Secara umumnya kanggaro yang bersaiz besar mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap yang dicipta manusia. Haiwan ini merupakan ikon kepada negara Australia, ianya sering ditonjolkan dalam logo jata negara Australia. Ianya turut terdapat dalam matawangnya.

Bukan itu sahaja, banyak pertubuhan , pasukan ahli sukan serta syarikat penerbangan turut menggunakan simbol haiwan berkenaan. Hari ini kanggaroo adalah haiwan buruan daging dan bulu terutamanya kanggaroo liar.

Kisah mengenai doodlebug ini membuktikan bahawa bukan manusia sahaja perlu bergaul dengan masyarakat atau mempunyai teman, tetapi haiwan juga memerlukan sumber sokongan yang sama. Keadaan ini dapat membantu mereka untuk tampil sihat dari sokongan emosi dan turut memberikan kesan kepada kesihatan fizikalnya.

Pelajaran yang kita boleh ambil, sekiranya kita berada dalam kesulitan, masalah dan sebagainya, janganlah membiarkan diri kita seorang diri, perlu kepada pendengar untuk mendengar masalah kita dan mencari jalan penyelesaian. Contoh yang kita dapat lihat, ada sesetengah pesakit di hospital yang telah nazak mungkin akan meninggal lebih awal sekiranya ianya ditinggalkan keseorangan manakala bagi pesakit yang masih mempunyai teman disebelahnya, semangat dan motivasinya masih kuat untuk terus melawan penyakit.

Jadi jangan biarkan diri anda keseorangan , carilah teman untuk pastikan hidup anda tampil lebih ceria.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top