no comments

Tergamak Sungguh! Kesian Adik Anas Sekeluarga, Disίhir Individu Tak Berhati Perut

Biarpun sudah berada pada tahun 2020, perbuatan sίhir masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Dek hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain, ada yang tergamak menggunakan cara halus atau ίlmu hit4m semata-mata mahu melihat orang itu mendẹrita.

Itulah yang dialami oleh Mohamad Firdaus, 27, apabila dia dan keluarga terpaksa mendẹrita selepas terkena buatan orang yang tidak berhati perut.

Jadi cukup lah tu. Allah maha kuasa. Demi Allah, yang baik baik hanya untuk Dia, yang hina tu saya.

Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu, penat aku tanggung, penat aku bawa. Tutup penat ni dengan senyuman untuk orang lain. Hinanya lagi, ye tak apa. Memang hina, saya terima.

Jadi cukup lah tu. Mohon, merayu demi Anas dan Aneesa. Kesian Anas, kesian Aneesa. Depa kena tempias tu, depa nampak tempias ni. Kesiankanlah dekat depa.” – Tulis Firdaus.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh bapa kepada Fattah Anas iaitu seorang kanak-kanak yang pernah viral pada suatu ketika dahulu di Instagram, memaklumkan bahawa dirinya kini sedang ‘mendẹrita’ dipercayai angkara perbuatan sίhir.

Dalam kesempatan itu, bapa Anas meluahkan rasa terkilan kerana ada individu yang sanggup berbuat demikian. Selain itu, dia sempat memohon maaf sekiranya ada mengguriskan hati mana-mana pihak.

Firdaus mengakui bukan dirinya sahaja yang menanggung derita sebaliknya anak-anaknya juga turut terima tempias.

Sementara itu, bapa Anas juga merayu agar mereka yang terlibat supaya berhenti melakukan perbuatan terkutuk ini.

Sedar tak sedar Anas macam faham akan perubahan yang berlaku. Dia nampak macam-macam, sampai pernah dia mengadu nampak kelibat ‘hantu’ tapi kami gitu-gitu je.

Semalam pergi nak cek mak, sekali scan semua. Yang lain tak ada apa, rupanya ayah yang kena. Takpe, takde hal. Memang awak dah berjaya, tapi please cukuplah tu.” – Tulis Firdaus di Instagram.

Semoga keluarga Fattah Anas dalam keadaan yang baik-baik dan diberi kesembuhan sepenuhnya. Yang jahat takkan tenang selamanya dan yang baik takkan dẹrita selamanya. Ingatlah, doa orang teraniaya paling dimakbulkan, sesungguhnya tiada hijab dan penghalang diantara doanya dengan Allah.

Reply