2 comments

TERBONGKAR! Rupanya Inilah PUNCA SEBENAR Kartunis Ujang Dipecat

TERBONGKAR! Rupanya Inilah PUNCA SEBENAR Kartunis Ujang Dipecat

Isu pemecatan kartunis lagenda negara, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang, menjadi topik hangat ketika ini.

Kontroversi pemberhetian kerja Ujang ini melibat sebuah syarikat penerbitan ‘gergasi’, Les’ Copaque yang menerbitkan siri animasi Upin & Ipin.

Semalam, pemilik syarikat itu, Burhanuddin Md Radzi tampil membuat kenyataan balas dalamĀ isu ini, dan turut mendedahkan punca sebenar mengapa kartunis Ujang dipecat.

Ujang diberhentikan adalah kerana kemerosotan jualan komik kanak-kanak itu termasuk ‘cerita memasak’ di dalamnya yang telah menyimpang.

Kata Burhanuddin, “tindakan itu diambil selepas mengadakan pertemuan dengan penerbit komik. Sejak dua bulan lalu, isi kandungan komik Upin dan Ipin banyak menyimpang dan kami mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak. Malah terdapat cerita memasak pula di dalamnya,”

Dalam perbincangan dengan penerbit komik, Tunku Maziah Tunku Mukhtar, yang mengambil Ujang sebagai penasihat, Burhanuddin mendakwa kartunis itu menyarankan kandungan itu dikekalkan.

“Sebagai pengeluar komik, dia sepatutnya memberi cadangan bagaimana hendak menaikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu penasihat kata jangan ubah apa-apa.

Ujang sebelum ini merayu agar tidak diberhentikan, namun rayuannya tidak dilayan oleh penerbit berkenaan. Malah mendakwa Les’ Copaque mahu mengambil alih operasi Nyla Sdn Bhd dengan memberi tekanan kepada penerbitnya.

BACA JUGA – Kenyataan Balas Bos Besar Upin & Ipin Yang Mengejutkan.

2 Comments

  1. din

Reply