no comments

TERBONGKAR..!!! INDENTITI PELAKON DITANGKAP POLIS KERANA MILIKI GANJA DIDEDAHKAN..!!!

Artis-Ganja.jpg
TERBONGKAR..!!! INDENTITI PELAKON DITANGKAP POLIS KERANA MILIKI GANJA DIDEDAHKAN..!!!

Penangkapan seorang gadis berusia 20 tahun yang bergelar artis bersama dua lagi rakannya kerana miliki Ganja mengejutkan ramai. Polis menahannya dalam satu serbuan narkotik di sebuah Kondominium di Subang Parkhomes, Subang Jaya, malam Khamis.

Serbuan mengejut pihak polis pada jam 11 malam itu menemui dadah jenis ganja seberat 627.59 gram dan pil Eramin5 serta beberapa bilah pisau dalam rumah berkenaan.

Mimi Lana Miliki Ganja

Ramai yang tertanya-tanya indentiti pelakon berkenaan.. 

Pelakon itu dikenali sebagai Mimi Lana, atau nama sebenarnya Mimi Rozaina Zainal Abidin, yang berasal dari Taiping, Perak. Baru sahaja menceburi dunia hiburan.

Membintangi drama ‘Ku Tinggal Cinta di Okinawa’ dan merupakan peserta Dewi Remaja 2014/15. Dia juga pernah muncul menerusi lakonan drama ‘Calonnya Adalah Adalah 2’ (memegang watak Yasmin, kekasih kepada Aaron Aziz).

Instagramnya di sini – https://instagram.com/missmimilana/

Dalam penemuan itu, satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, dijumpai di biliknya.

Polis juga turut menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik kedua di kediaman itu setelah menemui satu lagi beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi ceraian daun kering disyaki ganja seberat 15.74 gram bersama dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

Pemeriksaan di bilik ketiga menemui satu beg kertas mengandungi dua paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi satu ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat 609.66gram dalam baju.

Selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.


Siasatan lanjut ketiga suspek dan barang kes masih dijalankan, sebelum dibawa ke muka pengadilan untuk mendapatkan hukuman yang setimpal jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Reply