no comments

TERBONGKAR!!! Adam Rosly Dedah Rafizi Seleweng Duit Orang Ramai Secara Besar-Besaran

TERBONGKAR!!! Adam Rosly Dedah Rafizi Seleweng Duit Orang Ramai Secara Besar-Besaran

Nampaknya kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan, apabila pemimpin muda parti itu Datuk Adam Rosly, tampil mendedahkan berlaku penyelewengan wang yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, selaku Naib Presiden PKR.

Dalam kenyataannya semalam, Adam berkata beliau tidak boleh berdiam diri lagi kerana sudah sekian lama bersabar.

Adam, yang sedang bercuti sebagai ketua Pemuda PKR Ampang, selepas berdepan siasatan rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menuntut Rafizi mendedahkan dana dua NGO diasaskannya iaitu pusat penyelidikan Invoke dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

“Kebimbangan terbesar adalah terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW.

“Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

“Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka,” katanya.

Adam pada 3 Mei lalu menempelak Rafizi yang didakwanya menggambarkan seolah-olah dia bersalah atas tuduhan memalsukan keterangan dan dokumen dalam siasatan rasuah SPRM.

Tiga hari selepas Adam diheret ke mahkamah, Rafizi berkata, PKR wajar menjauhkan diri daripada kemelut peribadi pemimpin akar umbi itu, terutama menjelang pilihan raya umum ke-14.

Adam menyeru Rafizi mendedahkan perkara itu dalam tempoh 48 jam bermula hari ini demi memelihara keyakinan orang ramai terhadap PKR dan Pakatan Harapan.

“Sekiranya Rafizi Ramli gagal mematuhi tuntutan ini, saya akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya tanpa mendedahkan rancangan lanjutnya.

Rafizi dituntut menjelaskan:

  • Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh Invoke dan NOW.
  • Bagaimana wang itu dibelanjakan setakat ini.
  • Nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

Sinar Harian,MalaysiaKini

Bagaimanapun, setelah dicabar Rafizi hari ini tampil mendedahkan pendapatan dan perbelanjaan dana pusat penyelidikan Invoke serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

Menurut Rafizi walaupun beliau berpendapat tidak wajar untuk melayan kerenah Adam yang direhatkan daripada jawatannya dan sedang disiasat lembaga disiplin parti berhubung kesnya, beliau percaya seorang penjawat awam sepertinya perlu tangkas memberi jawapan dalam isu ketelusan.

Menerusi kenyataan media, Rafizi mendedahkan Invoke sejak ditubuhkan sehingga 30 April 2017, memperoleh pendapatan sebanyak RM2,780,652 dan antara pendapatan yang diperolehinya adalah menerusi jualan meja, tiket dan barangan semasa majlis kutipan dana; suntikan dana beliau sendiri dan jualan barangan secara online melalui eShop.

Manakala perbelanjaannya sehingga 30 April 2017 berjumlah RM2,394,440 dan antara perbelanjaan yang dibuat adalah mengubahsuai pejabat di 17 lokasi pejabat, kelengkapan bukan elektronik; kelengkapan elektronik; kelengkapan call centre dan sistem kaji selidik elektronik.

Rafizi dalam masa yang sama turut mendedahkan jumlah baki wang Invoke berjumlah RM386,212.

Manakala sebuah lagi organisasi yang diasaskannya iaitu NOW, Rafizi menyatakan organisasi berkenaan tidak mempunyai pendapatan sepanjang tahun 2016 dan 2017 kerana tidak menganjurkan majlis kutipan dana atau sebarang kempen kutipan dana secara atas talian.

“Perbelanjaan NOW adalah minimum (sewa pejabat) dan didahulukan oleh saya. NOW tidak mempunyai kakitangan,” katanya.

FMT

Reply