no comments

Terbaiklah Akak Go Shop! Capai CGPA 3.98, Syakirin Husnal Dinobat Graduan Terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK

Wajah Nur Syakirin Husnal Az’hari yang kerap kali muncul dalam rancangan jual beli Go Shop sudah cukup sinonim dalam beberapa tahun ke belakang ini. Gaya keletahnya yang bersahaja dalam mempromosikan pelbagai barangan dan menjadikan dirinya telah menjadi sebutan sehingga dikenali sebagai Kakak Go Shop!.

Beliau kini yang berusia 33 tahun sudahpun bergelar seorang ibu kepada dua cahaya mata, kini boleh berbangga dengan pencapaian akademinya yang baru sahaja dimiliki dalam majlis graduasi baru-baru ini. Syakirin telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana atau master.

Melihat di laman instagramnya, Syakirin Husnak adalah seorang graduan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) yang mengambil jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Apa yang lebih membanggakan, Syakirin telah menamatkan pengajiannya dalam bidang tersebut dengan keputusan yang cukup cemerlang. Beliau telah mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.98 dan sekaligus telah dinobatkan sebagai sebagai pelajar terbaik dalam Sekolah Perniagaan UNIRAZAK.

Beliau telah berkongsi perjalanan akademiknya ketika menyambung pengajiannya di peringkat sarjana itu, beliau mengakui perjalananya sebagai pelajar dan dalam masa yang sama sebagai ibu bukan mudah. Beliau yang sebelum ini pemegang Ijazah Sarjana Muda bidang kejuruteraan biokimia dari Donyang Mirae Universiti dan Yonsei Universiti Korea Selatan mengakui, banyak pengorbanan yang harus dilakukan.

Ketika beliau menyambung pelajaran, beliau sedang hamil dan banyak terlibat dalam kerja-kerja luar, beliau turut terlibat dalam kegiatan ko-kurikulum dan menguruskan kempen pilihanraya. Ibu yang cukup fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Korea ini dianggap cukup bijak membahagikan masa antara kerjaya dan sebagai ibu. Beliau perlu memastikan cita-cita akademiknya tercapai dan tidak mengabaikan keluarganya.

“Alhamdulilah, saya mempunyai sistem sokongan yang kuat, dan sudah tentu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai ke tahap ini, terutamanya mengorbankan masa lapang, Sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan selain dapat melihat hasil jerih perih kepayahan akhirnya berbayar”

Begitulah perkongsiannya di laman instagram setelah ditanya pengikutnya bagaimana dia boleh menamatkan pengajian dikala sedang sibuk dalam kerjayanya. Sudah pasti ramai yang akan merindui kelibatnya sebagai pengacara rangkaian Go Shop. Menurut sumber, beliau sudah menamatkan perkhidmatannya bersama ASTRO setelah 11 tahun bertugas dalam syarikat penyiaran terbesar negara itu. Makluman terkini, beliau telah memulakan kerjayanya dalam sektor kerajaan.

Syakirin Husnal telah mendirikan rumah tangganya pada 23 November 2013 dan hasil perkahwinannya dengan suami Muhamad Faris Ariffin, mereka telah dikurniakan dua orang anak.

Kisah kejayaan Syakirin ini boleh dijadikan inspirasi buat wanita diluar sana, kejayaan beliau membuktikan, tiada apa yang boleh menghalang, asalkan mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Kejayaan Syakirin membuktikan seorang ibu dan bekerjaya bukanlah penghalang untuk menamatkan pelajaran , malah dapat menjayakanya dengan hasil keputusan terbaik.

Syakirin sebelum ini pernah mendapat perhatian media apabila telah memuatnaik video mencari pekerja yang boleh melakukan 3 kerja dalam satu masa iaitu jurugambar, videographer dan editor.

Videonya itu telah tular dan mendapat kecaman sehingga ke Indonesia kerana dianggap cuba membunuh industri kreatif. Setelah impak buruk video berkenaan sehingga beliau dianggap kapitalis, beliau tampil membuat video permohonan maaf dan memaklumkan tujuan beliau membuat video mencari pekerja berkenaan adalah hanya untuk tugas yang ringkas dan cepat. Beliau memaklumkan, beliau memerlukan kru seperti itu kerana terlibat dalam bidang berita dan isu semasa, dan ada juga yang perlu disiarkan terus.

Beliau turut mengakui kadangkala terpaksa melakukan kerja jurugambar dan editor dalam satu masa kerana keperluan tugasnya pada ketika itu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close