no comments

TERBAIK!!! KERJA HANYA 6 JAM DI BRUNEI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

TERBAIK!!! KERJA HANYA 6 JAM DI BRUNEI SEPANJANG BULAN RAMADHAN.jpg

TERBAIK!!! KERJA HANYA 6 JAM DI BRUNEI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Terbaik! Kakitangan awam di Brunei diberi bekerja hanya selama enam jam sehari sepanjang bulan Ramadan ini dan tiga jam setengah pada Jumaat.

Waktu bekerja itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin.

Menurut Pekeliling itu, pada Isnin sehingga Khamis, waktu bekerja bagi kakitangan awam ditetapkan jam 8 pagi dan pulang pada jam 2 petang.

Manakala pada hari Jumaat pula, operasi di pejabat awam bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Menurut Pekeliling itu, Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap perkara itu.

Sementara itu, bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa dan penentuan memulakan kerja terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing- masing, kata Pekeliling itu.

Nota Editor : Diharap kerajaan Malaysia juga boleh mempraktikkan polisi sedemikian bagi memberi keselesaan buat seluruh pekerja awam di negara ini menghadapi ibadah puasa nanti.

SURAT PEKELILING JABATAN PERDANA MENTERI BRUNEI DARUSSALAM

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close