Ini Dia 7 Tempat-tempat Berhantu di Malaysia
Walaupun manusia hidup di alam nyata dunia ini tetapi alam mistik atau alam yang tidak nampak(alam ghaib) dengan mata kasar juga tidak boleh kita tolak di dalam hidup. Walaupun era yang sudah moden kini namun alam ghaib ini masih lagi wujud sehingga hari kiamat.
Tidak dinafikan ada juga dalam kalangan kita tidak mempercayai alam ghaib ini. Namun, kita tidak boleh memaksa mereka untuk mempercayai kerana lain orang lain kepercayaannya dan lain agamanya. Tetapi di dalam Islam mewajibkan umatnya untuk percaya dengan alam ghaib.
Bercerita mengenai alam ghaib ini tahukah anda di Malaysia juga terkenal dengan kisah-kisah hantu? Dalam artikel kali ini kami ingin kongsikan beberapa tempat di Malaysia yang dikatakan berhantu.
1. Highland Towers
Pada 11 Mac 1993, salah satu blok Highland Tower yang bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh dan menyebabkan 48 orang terkorban. Berikutan kejadian itu, 2 lagi blok dikosongkan sejurus selepas kejadian itu. Ada yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang. Hanya segelintir sahaja mayat yang ditemui manakala selebihnya masih lagi terkubur di tapak itu.
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Nama Mona Fandey agak popular pada awal 90an kerana kes bunuh seorang ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan banglo ini. Mona Fandey adalah seorang penyanyi pop dan dia dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona Fandey dan 2 orang lagi dijatuhi hukuman gantung dan hukuman itu dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.
3. Kemayan City Mall
Kemayan City Mall adalah sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama yang terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Kompleks tersebut telah menjadi tempat tinggal pelbagai jenis makhluk halus.
4. Lebuhraya Karak
Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Suatu masa dulu pernah digemparkan dengan cerita kemunculan sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya tersebut. Di lebuhraya ini telah banyak berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.
5. Amber Apartment