Tempat Percutian Menarik Di Sabah
Polumpung Melangkap
Sabah merupakan tempat pelancongan yang amat menarik dan ini merupakan salah satu lokasi view campsite yang menarik di Kota Belud, terkenal sebagai tapak perkhemahan yang cantik. Terletak sekitar 78 km dari Kota Kinabalu (kira-kira 1 jam 15 minit perjalanan) dan 30 km dari Pekan Kota Belud (40 minit perjalanan). Ia merupakan destinasi yang ideal untuk penduduk tempatan dan pelancong. Tempat ini sesuai untuk percutian keluarga atau bersama teman-teman, sambil berkhemah dan beriadah.
Keindahan alam semula jadi di sini memberikan kepuasan dan pengalaman yang berbaloi. Anda dapat menikmati suasana yang tenang dan menawan sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik dengan harga yang sangat berpatutan, menjadikan percutian anda di sini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Air yang sangat jernih dan sejuk sesuai untuk peringkat umur.
Pasar Kota Belud
Durian ini biasanya ditemui di kawasan hutan di Sabah, terutamanya di daerah Kota Belud. Rasanya lebih ringan, tidak terlalu manis, dan berlemak jika dibandingkan dengan durian biasa. Tekstur isi durian ini juga lembut dan tidak berair. Durian isi merah merupakan durian liar yang sukar didapati, menjadikannya lebih istimewa dan diminati oleh pencinta durian serta pengunjung yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.
Makanan Laut Seperti Lobster
Tempat penginapan di sin menyediakan kemudahan lain termasuk tempat bakar. Aktiviti sebelah malam biasanya bakar bakar sahaja. Di sana makanan laut amatlah berpatutan harga dan segar. Namun , ada juga kedai makan berdekatan sini yang menyediakan makanan malam. Suasana waktu malam agak sunyi sepi serta kedengaran air sungai mengalir disana. Untuk percutian keluarga disana amat berbaloi kerana jauh daripada bandar dan kita menghayati keindahan alam semulajadi disana.