Tempat Hiking dan Jungle Trekking Di Setiawangsa, Kuala Lumpur
Bukit Dinding
Bukit Dinding ini merupakan tempat hiking dan jungle trekking di kawasan kuala lumpur iaitu di setiawangsa. . Ia adalah salah satu kegiatan fizikal yang bermanfaat dan menjadi satu trend terkini pada waktu hujung minggu oleh para kaki hiking ini. Selain itu, aktiviti ini juga menjadi hobi dan kegemaran bagi kelompok tertentu serta memiliki peminatnya sendiri. Terdapat beberapa lokasi terbaik untuk mendaki mulai dari laluan pendakian yang biasa hingga laluan yang lebih mencabar.
Jika anda pernah memandu di MRR2 antara Ampang Jaya dan Melawati, anda mungkin perasan sebuah pulau hijau di antara lautan pangsapuri dan kondo. Di puncaknya terdapat dua menara komunikasi. Itulah Bukit Dinding, yang kadangkala keliru dengan Bukit Setiawangsa. Bekas ladang kopi ini telah berubah menjadi ladang getah, dengan beberapa pokok masih ditoreh hingga kini.
Walaupun kebanyakan bukit adalah hutan sekunder dan Jalan konkrit serta bertar ke Stesen Mikro Telekom Malaysia di puncak adalah 2.5 kilometer. Berjalan pantas memerlukan kira-kira setengah jam.
Aktiviti Berbasikal ( Downhill )
kebetulan ada aktiviti berbasikal di kawasan off-road. Jadi, saya berkesempatan untuk melihat mereka menuruni bukit dengan basikal. Kalau sekadar turun bukit di jalan berturap, itu biasa saja. Namun, saya dapat melihat sedikit sebanyak kemahiran mereka dalam mengawal basikal semasa menuruni bukit.
Flora Dan Fauna
Sambil korang mendaki Bukit ini terdiri daripada tumbuhan primer dan sekunder. Sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada ladang getah Hawthornden, dan terdapat banyak pokok getah tua. Di beberapa kawasan terdapat pokok-pokok jenis Acacia, Atrocarpus (Sukun dan Terap), Leucaena dan Alstonia augustifolia (Pulai). Terdapat beberapa hidupan liar, termasuk musang, monyet dan babi hutan. Tidak terdapat tapir, harimau atau gajah di kawasan tersebut
Pit Stop Minum Air Kelapa
Yang paling best dan menarik tempat sini apabila korang da penat-penat hiking dapat minum air kepala di kaki bukit dinding tu . Lega dapat teguk air kepala waktu sejuk kan.