no comments

Tayangan Filem ‘Beauty and The Beast’ DiHaramkan Di Malaysia

Tayangan Filem ‘Beauty and The Beast’ Diharamkan Di Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penyiaran filem ‘Beauty and The Beast’ di pawangan kerana ada babak yang menjejaskan sensitiviti serta bercanggah dengan budaya tempatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya tidak akan membenarkan tayangan filem yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan negara ini.

Beliau berkata, tayangan sesuatu filem masih terikat kepada undang-undang.

“Kita ada undang-undang. Apa-apa yang berkaitan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender), kita tidak benarkan.

“Saya yakin syarikat Disney tidak mengalami kerugian sekiranya filem itu tidak ditayangkan di sini berbanding sekiranya pasaran besar seperti China dan Russia,” katanya.

Nur Jazlan berkata, lebih mengecewakan, ada pihak yang menggunakan isu ini seolah-olah menjadi pejuang LGBT tanpa memikirkan kesan buruk.

“Cuba China atau Russia yang larang, sudah tentu mereka tunduk kepada kehendak dan budaya negara itu tetapi kerana Malaysia kecil, tidak rugi banyak jika tidak ditayang di sini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Penjara Ke-227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di Penjara Simpang Renggam di sini, semalam.

Filem muzikal itu sepatutnya ditayang di pawagam negara ini pada 16 Mac lalu, tetapi ditunda berikutan ada adegan yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat.

Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures itu mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menunggu dengan penuh harapan untuk menonton filem arahan Bill Condon.

HMetro Online

Reply