1 comments

Tarikh Sebenar Duit BR1M 2018 Akan Masuk Ke Akaun Bank! Jangan Tertipu Lagi!

Penantian satu penyiksaan. Itulah yang dirasai oleh 7 juta orang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 yang kini dengan penuh harapan menanti kemasukkan duit ke dalam akaun bank mereka. Lebih menyayat hati, ada yang berulang-alik ke bank setiap hari kerana tertipu dengan maklumat palsu yang mengatakan duit telah masuk.

Menurut sumber sahih, sebenarnya tarikh pembayaran BR1M 2018 bagi fasa pertama adalah bermulai pada 26 Februari 2018 (Isnin) [seminggu dari sekarang] yang akan disalurkan secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun yang didaftarkan.

Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK/SDO.

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 pula boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), juga bermula pada hari yang sama iaitu 26 Februari 2018.

Bagaimanapun, tarikh yang tepat pengkreditan duit BR1M 2018 akan dimaklumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dan seterusnya akan dihebahkan oleh media arus perdana.

Jika sebelum ini status berada ‘DALAM PROSES’, semakan status samaada lulus atau gagal permohonan BR1M 2018 telah boleh dibuat mulai jam 12 tengahhari tadi (19 Febaruari 2018).

 

Seminggu sebelum dikreditkan ke bank, semakan boleh dibuat secara dalam talian di (https://ebr1m.hasil.gov.my) dimenu MyBR1M, melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M (muat turun di Play Store / App Store) atau hadir ke Cawangan LHDNM berdekatan.

Pembayaran BR1M 2018 dibuat dengan 3 peringkat. Bagi fasa pertama ini, sebanyak RM450 akan dibayar (sekaligus) untuk kategori 1 iaitu individu bujang berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah. Manakala sebanyak RM300 dibayar untuk kategori 2 iaitu individu berkahwin yang berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000.

Bagi kategori 3 pula dibayar sebanyak RM400 untuk isi rumah berpendapatan bulan RM3,000 ke bawah.

One Response

  1. andrew loh

Reply