no comments

TARIKH BAYARAN BR1M 2016

tarikh bayaran br1m 2016.jpg

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bantuan kewangan tahunan dari kerajaan untuk warganegara Malaysia yang terpilih mengikut kategori dan syarat yang telah ditetapkan. Berdasarkan pembentangan bajet 2016, jumlah wang bantuan BR1M 2016 dinaikkan. Berikut adalah kadar baru pembayaran BR1M 2016.

1. Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM1,050

2. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM1,000

3. Pendapatan isi rumah bawah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM800

4. Individu bujang berumur 21 keatas dan berpendapatan bawah RM2,000 – RM400

Bayaran BR1M 2016

Pembayaran kepada penerima kategori individu bujang akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2016. Manakala bagi penerima kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) ianya akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei, dan September 2016. Berikut adalah tarikh dan kadar bayaran untuk kategori isi rumah.

Tarikh pembayaran pertama bermula pada bulan Januari 2016

1. Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM350

2. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM300

3. Pendapatan isi rumah bawah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM250

4. Individu bujang berumur 21 keatas dan berpendapatan bawah RM2,000 – RM400

Tarikh pembayaran kedua bermula pada bulan Mei 2016

1. Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM350

2. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM300

3. Pendapatan isi rumah bawah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM250

Tarikh pembayaran ketiga bermula pada bulan September 2016

1. Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM350

2. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM300

3. Pendapatan isi rumah bawah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM300

Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima. Manakala bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucer BR1M dan boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Pertanyaan @ Soalan

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 anda boleh menghubungi:

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada [email protected]
Semoga segala maklumat yang diberikan diatas ini berguna untuk semua rakyat Malaysia.

Lagi info BR1M 2016 KLIK SINI

Reply