no comments

Tambah Derita! Selepas Kehilangan Kedua Kaki, Tangan Pula Terpaksa Dipotong

Tambah Derita! Selepas Kehilangan Kedua Kaki, Tangan Pula Terpaksa Dipotong

Adik Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi, pelajar di sebuah madrasah, yang dipotong kedua-dua kakinya akibat pembekuan darah selepas didera oleh seorang pembantu warden, akan menjalani pembedahan untuk memotong tangannya hari ini.

Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, awal pagi ini.

“Mula-mula, memang kami semua tak nak tangannya dipotong. Tapi kami terpaksa ikut nasihat doktor kerana nyawa lebih penting,” katanya.

Semalam, Thaqif yang terlantar koma di Hospital Sultan Ismail menerima kunjungan Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah.

Malam tadi, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut turut melawat Thaqif.
Thaqif, 11, didaftar masuk ke sebuah pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi pada 27 Januari lalu. Dia dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas akibat dipukul pembantu warden.

Kedua-dua kakinya yang dijangkiti kuman serta darah beku kemudiannya terpaksa dipotong dan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya, semalam.

Susulan itu, pembantu warden terlibat direman 4 hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes.

FMT

Reply