no comments

Tak Sangka “Pensyarah” Video Tular Buat Laporan Polis, Menjawab Pulak Brader Tu….

Sejak semalam, heboh di laman sosial tentang rakaman video memperlihatkan seorang pensyarah wanita berstatus ‘doktor’ memaki hamun pengguna jalan raya dan mendoakan agar individu terbabit dijangkiti Covid-19.

Berhubung kejadian, wanita terbabit sudah pun meminta maaf di instagram miliknya semalam.

Namun begitu, isu ini masih belum tamat dan berlanjutan apabila wanita itu kemudiannnya membuat laporan polis ke atas perakam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Fadzli Amin (perakam) di twitter.

Update: Dia buat report polis bagitahu aku memandu dengan bahaya dan mengeluarkan kata-kata kesat. Petang ni aku akan ke IPD sepang untuk bagi keterangan,” katanya dipetik.

Terdahulu, pihak Hospital Serdang telah tampil mengeluarkan kenyataan dengan menafikan wanita terbabit adalah kakitangan hospital tersebut.

Malah ada juga dakwaan mengatakan wanita berkenaan adalah seorang pensyarah fakulti perubatan di sebuah universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berikutan kejadian itu, menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter, pihak UPM mengeluarkan maklum balas mengenai reaksi staf yang didakwa bertengkar kerana kesalahan lalu lintas itu.

UPM menyatakan bahawa mereka memandang serius tentang isu berkenaan dan akan menjalankan siasatan bagi mengambil tindakan selanjutnya.

 

 

UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.

“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” tulis Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dalam maklum balas tersebut.

 

Dalam kejadian itu, pemandu wanita terbabit melakukan pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, Selangor dan hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain. Tanpa melihat keadaan keselamatan jalan terlebih dahulu.

Pemandu wanita tersebut meluru keluar dan kemudiannya menyalahkan pula pemandu lain yang dikatakan menjadi punca kemalangan di tempat kejadian.

Tambah kecewa, ‘pensyarah doktor’ tersebut melontarkan kata-kata kesat kepada pemandu tersebut. Ini mencerminkan sikap yang tidak baik dan mampu mencemarkan nama baik universiti di mana tempatnya mengajar.

p/s: Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kesudahannya. Semoga yang benar beroleh kemenangan.

Reply