no comments

Tak Sangka First Date Jadi Macam ni.. Gadis Luah Rasa Malu, BF Yang Dikenali Di Socmed Tak Muncul Tiba

Dalam usaha mencari pasangan hidup, berkenalan dan seterusnya bertemu adalah satu perkara biasa sebelum ke langkah seterusnya.

Walaupun sekadar ingin berkawan sahaja, tentunya ramai yang memilih untuk bertentang mata kerana mahu lebih rapat dan mengenali dengan lebih dekat lagi.

Namun, bertemu secara bersendirian akan sedikit b4haya kerana tidak tahu akan niat dan tujuan sebenar akan pertemuan itu.

Pertemuan pertama adalah sesuatu yang pastinya tidak boleh dilupakan kebanyakkan orang. Ia boleh menjadi detik yang cukup gemuruh dan juga yang termanis buat dua individu di awal pertemuan bersemuka. Namun tidak semua perancangan akan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Teman lelaki tak muncul seperti dijanjikan

Seperti gadis ini yang menantikan ‘temannya’ apabila sudah berjanji untuk bertemu di sebuah restoran seperti yang ditetapkan.

Bagaimanapun, nasib gadis yang dikenali sebagai Aisyah Hanim ini tidak menyebelahi dirinya apabila jejaka yang ditunggu tidak muncul.

Pertemuan kali pertama

Menurut video yang dikongsikan di aplikasi TikT0k, Aisyah mengatakan bahawa mereka berkenalan di Facebook dan itu merupakan kali pertama mereka bertemu.

Setelah makanan siap di-order, dia menunggu jejaka tersebut namun tidak muncul, malah telah membuat panggilan dan menghantar pesanan namun tiada respond dari lelaki berkenaan.

Malu dilihat staff

Aisyah juga menyatakan bahawa dia malu apabila staff di restoran tersebut melihat dirinya yang tertunggu-tunggu akan seseorang.

Dalam pada itu, Aisyah juga sempat meninggalkan pesanan buat lelaki itu dengan mengucapkan terima kasih atas apa yang telah dilakukan dan mendoakan agar jejaka berkenaan bertemu dengan seseorang yang lebih baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata semangat buat gadis tersebut malah turut berkongsi pengalaman yang sama dengan Aisyah, – reaksi.

Kesimpulannya, berdating boleh menjadi satu pengalaman yang manis dalam hidup atau paling memalukan, jadi tidak hairanlah ramai yang berkongsikan pengalaman buruk temujanji pertama mereka di media sosial.

Reply