no comments

Rupanya Inilah SEBAB Kenapa ‘TAK BOLEH CIUM ANAK KETIKA TIDUR’….!!!

Cium Anak Tidur.png

INILAH SEBAB KENAPA ‘TAK BOLEH CIUM ANAK MASA TIDUR’….!!!

Bagi sesetengah ibubapa, amalan ‘cium anak’ ketika anak sedang tidur sudah menjadi kebiasaan mereka. Melihat si anak comel tidur dengan gaya bermacam ragam,aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya. Sememangnya ia menunjukkan satu perbuatan kasih sayang kepada anak-anak.

Namun, menurut Ustaz Ismail Kamus, perbuatan mencium anak ketika sedang tidur boleh menyebabkan anak-anak menjadi DEGIL.

Penyelesaian Mengatasi Anak-anak nakal

Sediakan air satu jug:

– Baca Basmalah (786 kali)
– Baca surah yasin ayat 72 (71 kali)

وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

“Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan”

– Selesai baca hembus ke air & bagi anak minum

Atau baca surah Toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali. Nanti malam anak tengah tidur baca diubun-ubun anak sebanyak 3kali dan tiup. Insyaallah anak dah tak nakal lagi..

Bagaimanapun, tiada larangan oleh agama kerana tak ada nas-nas yang melarang perbuatan itu. Terdapat hadis Nabi SAW menggalakkan mencium anak-anak sebagai tanda kita kasih dan sayang padanya.

Itu cerita apabila salah seorang sahabat Nabi s.a.w berasa pelik apabila baginda s.a.w mencium cucu baginda. Sahabat ini berkata “aku ni ada sepuluh anak. Tak pernah aku cium.”

Jawab Nabi s.a.w “man la yarham la yurham.”

Maka ciumlah anak-anak tuan-tuan puan-puan atas kasih sayang. Tak ada ibu bapa yang cium anak-anak baik waktu jaga atau waktu tidur kalau bukan sebab kasih sayang.

Daripada hadis Rasulullah saw.

Abu Hurairah r.a berkata :
قَبَّلَ النَّبِىّ صلى الله عليه وسلم الْحَسَنَ بْنَ عَلِىٍّ ، وَعِنْدَهُ الأقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِىُّ جَالِسًا ، فَقَالَ الأقْرَعُ : إِنَّ لِى عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ، فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، ثُمَّ قَالَ : مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ
“Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam mencium Al-Hasan bin ‘Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqro’ bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro’ berkata, “Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallampun melihat kepada Al-‘Aqro’ lalu baginda berkata, “Barangsiapa yang tidak merahmati / menyayangi maka ia tidak akan dirahmati” (HR Al-Bukhari no 5997 dan Muslim no 2318)

 Lembutkan Hati Anak Yang Degil – Ustaz Azhar Idrus

  • INFOKINI

Reply