Syukur Jumpa Lelaki Yang Terima Seadanya. Ada Orang Tanya Kenapa Pakai “Gelang Kaki”

Bergelar insan istimewa tanpa kedua-dua belah tangan wanita yang cukup istimea ini Norfarrah Syahirah Shaari sebelum ini pernah tular kerana kemahirannya memandu kereta seorang diri hanya menggunakan kaki sahaja.

Kekurangan tersebut bukanlah satu kelemahan buat dirinya malah beliau cukup kuat dan tidak berputus asa.

Tambahan pula, anak kelahiran Bagan Datoh Perak ini mampu berdikari dengan melakukan rutian harian bersendirian dan tidak bergantung kepada orang lain di sekelilingnya.

Jiwa seorang pejuang yang dimiliko wanita luar biasa ini yang lebih mesra dipanggil Farrah itu terus membuatkan masyarakat kagum dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

Kesan dari tular mengenai dirinya, Farrah sering dijemput untuk memberikan ceramah motivasi samada di sekolah atau di mana-mana syarikat korporat.

Beliau mampu berkongsi kisah hidupnya sebagai suntikan motivasi kepada orang lain yang mungkin tidak menghadapi kesukaran seperti dirinya.

Terkini, wanita yang baru berusia 24 tahu itu telah berkongsi detik bahagia apabila telah selamat menjadi tunangan orang. Dalam ciapannya di akaun instagram dan Facebook , telah tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan Farrah bersama dengan cinta hatinya yang bernama Zul. Tunangnya itu mengenakan pakaian hijau lembut dan sedondon dengan Farrah.

Melalui kapsyen hantarannya, beliau mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana majlis tersebut berjalan lancar dan bakal melangkah ke jinjang perkahwinan tidak lama lagi.

“Alhamdulilah.. selesai majlis bertunang” begitulah tulisan Farrah pada ruang kapsyennya secara ringkas.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah bakal ibu mertuanya kelihatan memakaikan gelang pada kaki Farah sebagai tanda ikatan bawah Farrah dan Zul telah diikat sebagai pasangan pertunangan. Majlis pertunangan tersebut telah berlangsung dalam keadaan yang cukup sederhana tetapi meriah.

Apabila dilihat pada beberapa keping gambar yang dikongsikan itu, jelas terpancar wajah gembira Farrah dengan senyuman yang terukir di wajahnya.

Menurut sumber, Farrah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga tetapi jodoh itu tidak kekal lama. Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat Farrah dan pasangan.

Berikut antara beberapa komen warganet yang dilontarkan pada ciapan berkenaan:

“Tahniah, Allah datangkan jodoh terbaik. Mungkin Dia nampak disebalik kekurangan itu banyak kelebihan yang ada pada kamu. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah”

“Alhamdulilah tahniah, semoga jodoh ini yang terbaik buat kami dan dapat menerima kekurangan diri. Moga dipermudahkan urusan selepas ini”

“Untuk encik tunang, tolong jaga Farrah baik-baik, semoga dapat melengkapi sebaiknya”.

“Allah hadirkan insan yang terbaik buat kami Farrah. Semoga ke jinjang pelamin dan bahagian hingga ke jannah”

“Alhamdulilah tahniah. Semoga dipermudahkan urusan kalian menuju hari bahagia kelak”.

“Alhamudlilah kelebihan Farrah, Allah telah hadirkan insan yang boleh menjaga kamu. Syukur”.

Kita sebagai masyarakat yang menyaksikan situasi yang jarang berlaku ini, sepatutnya mendoakan yang terbaik buat pasangan ini, semoga mereka kekal bahagia hingga ke jannah. InsyaAllah. Situasi ini telah membuktikan bahawa setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini sudah ditentukan jodohnya. Hanya Allah sahaja tahu bilakah waktu yang tepat untuk bertemu dengan insan terbaik untuk dijadikan pasangan. Bagi anda yang belum berpasangan dan ingin mencari pasangan hidup, tetaplah berdoa dan jangan risau jika ia tak kunjung tiba, kerana Tuhan akan memberikannya apabila sampai masanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top