Khabar Duka Dari Keluarga Syukor Khamis Puluhan Kerbaunya M4ti Mengejut! Puncanya Masih Misteri…

Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni sudah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut. Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yang diharapkan. Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini.

“Dugaan besar buat kami sekeluarga,  mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir…”

Melalui perkongsian terbaru yang dimuatnaik oleh Dallah Deen sebentar tadi, lebih 25 ekor kerbau Syukor dan ayahnya, Pak Khamis dipercayai telah mati secara mengejut.

Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri turut menzahirkan kata buat keluarga Pak Khamis.

Masih tidak dapat dipastikan mengapa kerbau-kerbau itu mati secara mengejut namun menurut perkongsian di Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy, ianya dikaitkan dengan kemungkinan musim wabak.

Syukur Khamis bukan lagi asing dalam kalangan peminat fotografi di Malaysia apabila remaja berusia 15 tahun itu pernah menjadi subjek utama bagi sekeping gambar yang diangkat sebagai Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic, bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik.

Foto memaparkan Syukur Khamis atau nama sebenarnya Muhammad Syukur Khamis yang begitu mesra dengan sekumpulan kerbau, juga haiwan-haiwan lain membuatkan anak muda ini digelar sebagai ‘Mowgli Malaysia’.

Puluhan atau mungkin ratusan jurugambar tempatan dan antarabangsa telah merakamkan gambar-gambarnya yang fotogenik dengan aksi cukup unik.

Terbaharu, seorang jurugambar tempatan bertuah apabila foto yang merakamkan aksi remaja lelaki itu bersama seekor kerbau sekali lagi terpilih sebagai pemenang pertandingan peringkat Asia, bulanan, bagi Ogos 2020.

Diangkat sebagai Imej Asia 2020 untuk bulan lalu oleh Asian Geographic bagi katgeori Oang/Jalanan, foto itu menyaksikan Syukur Khamis berbaring di atas seekor kerbau yang juga sedang terbaring dengan reaksii yang sarat dengan kisah serta emosi, berlatarkan sekumpulan kerbau lain.

Semoga adik Syukor dan Pak Khamis sekeluarga tabah menghadapi ujian berat ini. Semoga Allah kurniakan rezeki pengganti yang lebih baik selepas ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top