Syarat Siti Nordiana Jika Mahu Mengawininya

Syarat Siti Nordiana Jika Mahu Mengawininya.jpg

Penyanyi yang juga juara Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana berkata kehidupannya sudah lengkap di samping keluarga dan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie.

Tambahnya pengalaman yang lepas telah banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik terutamanya dalam soal mencari teman hidup.

“Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.

” Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja,”ujar Nana.

Penyanyi itu memberitahu individu yang mahu mengawininya pada masa hadapan sewajibnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top