no comments

Susulan Kes Tembak Libatkan Kongsi Gelap Polis Bakal Laksana Op Cantas Khas

Susulan Kes Tembak Libatkan 2 Kongsi Gelap Polis Bakal Laksana Op Cantas Khas 2.0

Bagi membanteras kegiatan kongsi gelap dan jenayah membabitkan senjata api di negara ini, polis bakal melaksanakan Op Cantas Khas 2.0.

“Tahap keselamatan negara berada di peringkat optimum”, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, semua penguatkuasa harus berada dalam kesiapsiagaan terutama dalam kejadian terbaru kes tembak membabitkan antara dua kumpulan kongsi gelap di Ibu negara, semalam.

“Walaupun Op Cantas dijalankan berterusan, elok kita laksanakan Op Cantas Khas 2.0 bagi meningkatkan pembanterasan aktiviti jenayah terutama membabitkan senjata api dan kongsi gelap,” katanya ketika sidang media di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri Sarawak 206 di sini, hari ini.

Reply