no comments

SURAT TUN MAHATHIR MEMUSNAHKAN PERJUANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

SURAT TUN MAHATHIR MEMUSNAHKAN PERJUANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN.jpeg

SURAT TUN MAHATHIR YANG MEMUSNAHKAN PERJUANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Krisis hubungan diantara Tunku Abdul Rahman dan Dr mahathir yang sebelum ini menjadi rahsia umum telah terdedah begitu meluas apabila surat yang ditulis Dr. Mahathr kepada Tunku Abdul Rahman tersebar luas dikalangan rakyat. Sebelum itu, di permulaannya nampak agak tenang namun disebaliknya sedang mengalir air yang keras, deras dan bergejolak. Surat Dr Mahathir itu menyentuh berkenaan sikap Tunku Abdul Rahman dalam menghadapi peristiwa 13 Mei dan juga cara Tunku menjalankan pemerintahan negara.

BACA – Surat Pedas Tun Dr. Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman

Tunku tidak menafikan tuduhan bahawa beliau bermain judi semasa ketegangan kaum 13 Mei 1969. Sebaliknya Tunku menjawab “ Apa salahnya saya mengajak kawan-kawan saya bermain poker. Sudah dua tiga hari saya dok tengok api menjulang di Chow Kit. Saya dah jemu dan sunyi, saya panggillah kawan-kawan ke rumah.” – Zainuddin Maidin , 1994, Mahathir di Sebalik Tabir, Utusan Publication & Distributian Sdn Bhd, Cheras Kuala Lumpur.

Surat dr Mahathir itu, tidaklah diketahui bagaimana ia boleh tersebar, tetapi antara tempat-tempat surat itu kelihatan disebarkan adalah di Kampung baru, Kuala Lumpur dimana meletusnya tragedi 13 Mei. Apa yang pasti sifat berterus terang dan sifat jujur Tunku Abdul Rahman menjadikan surat Dr Mahathir, begitu berharga, semakin dicari-cari dan meyakinkan untuk diteliti oleh rakyat marhaen.

Bagi Tunku sendiri, surat Dr Mahathir kepadanya yang tersebar luas di seluruh tanah air sebagai memusnahkan seluruh pengorbanannya terhadap bangsa dan negara sejak 17 tahun lalu. Perkara ini mendorong Tunku Abdul Rahman untuk memberi kata dua kepada UMNO iaitu, pilih “ saya atau Dr. Mahathir”.

Kata dua ini telah disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Razak ketika mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Si Taman pada 12 Julai 1969. Menteri Besar Selangor Harun Idris, telah berkata “ Kalau begitu buat apa panggil mesyuarat ini, buang sahajalah Dr Mahathir”. Pandangan ini disokong oleh Ketua Kaum Ibu UMNO iaitu Tan Sri Fatimah Hashim dan juga Pengerusi Pemuda UMNO Negeri Kedah, Syed Nahar Shahabuddin.

Mesyuarat MKT ketika itu turut dihadiri oleh Dr Mahathir sendiri tetapi beliau mengundurkan diri apabila isu berkenaannya dibincangkan. Mesyuarat tersebut telah mengambil keputusan untuk memecat Dr Mahathir pada 12 Julai 1969. Sehari selepas dr Mahathir dipecat, kerajaan telah mengambil tindakan mengharamkan surat Dr Mahathir kepada Perdana Menteri. Sesiapa yang memiliknya boleh dikenakan penjara satu tahun atau denda $ 1000 atau kedua-duanya sekali. Mereka yang didapati menerbit, mencetak atau menyebarkannya pula akan dihukum penjara 3 tahun, atau denda $ 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Setelah mendapati barisan kepimpinan parti yang menyokongnya beserta tindakan negara terhadap surat dr Mahathir, barulah Tunku Abdul Rahman mencurahkan perasaan marahnya kepada Dr Mahathir.Dalam akhbar Mingguan Malaysia, 20 Julai 1969, Tunku berkata, surat Dr Mahathir “ telah memusnahkan seluruh pengorbanan saya terhadap negara dan bangsa yang saya lakukan sejak 17 tahun lalu”.

Menurutnya, surat itu telah menyebabkan berlakuknya tunjuk-tunjuk perasaan menentang beliau di Universiti Malaya, kolej Islam dan Institut Teknologi Mara. Katanya lagi, “ Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khidmat saya selama 17 tahun”.

Penyiaran berita temuduga Tunku di Mingguan Malaysia (wartawan yang terlibat adalah Zainuddin Maidin, penulis buku Mahathir di sebalik tabir) mendapat bantahan dari orang ramai. Malah Zainuddin Maidin sendiri berkata beliau mendapt beberapa panggilan dari orang tak dikenali yang membantah penyiaran berita mengenai Tunku Abdul Rahman yang disifatkan sebagai cubaan menimbulkan simpati orang ramai.

Perkara ini menunjukkan sokongan yang hampar orang melayu terhadap Tunku dan meningkatnya populariti Dr Mahathir. Walaupun sokongan orang Melayu terhadap dr  mahathir begitu hangat dan populariti Tunku pula yang menjunam, inilah masanya Dr Mahathir merasakan kesunyian dan keseorangan. Inilah pertama kali dalam hidupnya merasakan debaran untuk ditangkap. Rumahnya digeledah oleh pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri, kawan-kawan pula menjauhkan diri.

Sememangnya memang ada arahan telah dikeluarkan agar Dr Mahathir ditangkap, tetapi ia tidak direstukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir telah disingkirkan terus dari menjadi ahli UMNO. Perkara ini tentulah berat bagi diri Tun, setelah sekian lama berjuang dalam UMNO dari menjadi ahli biasa kepada ahli Jawatankuasa UMNO Negeri Kedah pada tahun 1955, menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada tahun 1966 dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam parlimen pada tahun 1964.

mahathir-tunku-abdul-rahman

Reply