SURAT PANAS TUN MAHATHIR KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN YANG VIRAL PADA TAHUN 1969 !!
SURAT PANAS TUN MAHATHIR KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN YANG VIRAL PADA 1969 !!
Ramai yang akan tertanya-tanya apakah isi kandungan surat Tun Mahathir Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman, bukan? Rakyat tidak sepatutnya lupa akan sejarah surat Tun Mahathir terhadap Tunku Abdul Rahman yang jelas memusnahkan seluruh pengorbanan Tunku terhadap bangsa dan negara sejak 58 tahun yang lalu. Menurut Tunku, akibat dari tersebarnya surat itu, telah menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan menentang beliau di Universiti Malaya, Kolej Islam dan Institut Teknologi Mara.
Atas dasar itulah yang mendorong Tunku memberi kata dua kepada UMNO, sama ada untuk memilih beliau ataupun Tun Mahathir. Tunku juga pernah meluahkan perasaan marah beliau terhadap Tun Mahathir dalam akhbar Mingguan Malaysia 20 Julai 1969 yang berbunyi.. ” Surat Dr Mahathir yang ditulis 10 minit itu telah memusnahkan seluruh perjuangan saya terhadap negara dan bangsa selama 17 tahun.”
Apakah isi kandungan surat tersebut? Hampir 100% generasi kini tidak pernah membaca surat ini. Berikut, di bawah adalah surat yang ditulis Tun Dr.Mahathir yang bertarikh 17 Jun 1969 kepada Tunku Abdul Rahman Putra.
Inilah Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra
bertarikh 17 Jun 1969.
Batu 6, Titi Gajah, Alor Star, 17hb. Jun 1969Y.T.M. Tunku,Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku. Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2. Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno. Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan. Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek. Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di- Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas. Patek Yang Ikhlas, (Dr. Mahather bin Muhammad) |