no comments

Surat Palsu Lin Dan VIRAL.. Ini Jawapan Balas Datuk Lee Chong Wei Yang Pasti Anda Gelak

lee-chong-wei-lin-dan-surat

Surat Palsu Lin Dan VIRAL.. Ini Jawapan Balas Datuk Lee Chong Wei Yang Pasti Anda Gelak!

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan beliau menerima surat terbuka yang didakwa ditulis oleh musuh tradisinya, Lin Dan dari China.

“Mana ada… saya tak dapat (surat itu). Itu (surat) tipu punya. Saya tak tulis, dia pun (Lin Dan) tak tulis. You ingat kita cinta ke, tulis surat ni,” katanya dalam nada berseloroh pada sidang media di Kompleks Bunga Raya di sini, Rabu.

Menurut Chong Wei, surat tersebut mungkin sengaja ditulis oleh wartawan negara tembok besar itu dan menjadi viral di laman media sosial.

“Tiada isu. Itu reporter China sendiri tulis punya,” katanya.

Baru-baru ini surat terbuka ditulis Lin Dan kepada Chong Wei selepas tewas dalam aksi separuh akhir Olimpik Rio menjadi viral.

Namun timbul khabar angin bahawa surat dalam bahasa Cina itu ditulis oleh peminat yang mengandaikan dirinya berada di tempat Lin Dan.

 

Jawapan Lee Chong Wei itu disambut dengan gelak tawa oleh hadirin ketika sidang media sejurus ketibaan kontinjen Olimpik Rio 2016 yang diadakan di Kompleks Bunga Raya KLIA, petang tadi.

Isi kandungan surat tersebut di sini –> Surat Palsu Lin Dan Buat Lee Chong Wei

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close