Maksud
Surah Al-Fatihah dikenali sebagai surah pembukaan yang diturunkan di Mekah selepas Surah Al-Muddathir. Ia adalah pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari perbendaharaan di bawah Arasy dan merupakan doa yang paling mustajab. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’” (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Dikenali sebagai Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran), Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab), dan Sab’ul Mathani (tujuh ayat yang dibaca berulang kali) kerana menjadi induk dan intisari bagi keseluruhan 30 juzuk Al-Quran.
Surah ini mempunyai 7 ayat dan merupakan surah pertama yang diturunkan lengkap dalam keseluruhan ayat bagi sebuah surah, termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Kelebihan Mengamalkan Baca Surah Al-Fatihah
- Merupakan Tiang Solat
Solat adalah tiang kepada agama dan setiap kali solat perlu membaca surah Al Fatihah adalah surah yang wajib untuk dibaca - Diwahyukan hanya untuk Nabi SAW
Diwahyukan khusus untuk Nabi SAW, yang tidakada surah seumpamanya di dalam kitab Taurat, Injil, dan Zabur. - Surah yang diberikan banyak gelaran & keistimewaan
Memiliki berbagai keistimewaan sehingga diberikan banyak gelaran dan nama.
Antara gelaran-gelaran tersebut adalah- Ummul Kitab: Bermaksud “ibu” atau “induk” al-Quran.
- Al-Sab’al-Mathani: Bermaksud “7 ayat yang sentiasa diulang-ulang.”
- Fatihah: Bermaksud “pembuka” al-Quran.
- As-Syifa: Bermaksud “penawar” atau “penyembuh.”
- Ar-Ruqyah: Bermaksud “doa” atau “pelindung.”
- Al-Hamd: Bermaksud “puji-pujian.
Ringkasan
Surah ini adalah elemen penting dalam ibadah, rawatan, perlindungan, dan untuk memperoleh keberkatan. Di dalamnya terkandung zikir dan tahmid terbaik untuk manusia serta mengajarkan adab berdoa dan memohon pertolongan kepada Allah SWT. Berdasarkan kelebihan-kelebihan al-Fatihah yang disebutkan, adalah wajar bagi kita sebagai Muslim untuk menghayati keagungan surah al-Fatihah dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.