no comments

SULTAN MURKA…!!! Labelkan Tragedi Wang Kelian PALING BODOH melanda negara

SULTAN MURKA...!!! Labelkan Tragedi Wang Kelian PALING BODOH melanda negara.jpg

SULTAN MURKA…!!! Labelkan Tragedi Wang Kelian PALING BODOH melanda negara

Sultan murka! labelkan tragedi permerdagangan manusia di Wang Kelian adalah ‘paling bodoh’ melanda negara. |┬áSultan Melaka aka Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Raja Tuah Shah, HARI INI telah memuat naik satu status yang mengatakan rasa murkanya terhadap tragedi yang berlaku di Wang Kelian (sempadan Malaysia-Thailand).

Baginda mengkritik keras pentadbiran negara yang seakan tidak amanah dan tiada peranan dalam menjaga keselamatan negera. Kawalan keselamatan di sempadan negara dan Thailand yang mudah untuk dibolosi oleh mana-mana pihak termasuk oleh sindiket pemerdagangan manusia. Tambahnya, pencerobohan sempadan negara amat memalukan dimata dunia.

Baginda yang sinonim dengan tagline #BetaIsBetter mengatakan, jika dirinya menjadi pemerintah negara, baginda akan memecat Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sedia ada dan juga ketua serta pegawai-pegawai Imigresen, tentera dan polis yang tidak berfungsi dalam melakukan tugasan.

Ia ekoran penemuan 139 kubur di 28 kem transit yang disyaksi sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Perlis-Thailand, bulan lalu. Terdapat 106 jenazah pelarian Rohingya dengan baki 85 lagi masih menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), manakala 21 jenazah hari ini menjadi kumpulan pertama dikebumikan dalam satu liang lahad.

Baginda juga turut merakamkan ucapan takziah buat semua mangsa tragedi itu.

Sultan Melaka Murka

 

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close