no comments

Sultan Johor Haramkan Vape Kerana Almarhum Tunku Jalil Hisap Vape?

Sultan Johor Haramkan Vape Kerana Almarhum Tunku Jalil Hisap Vape.jpg

Punca Sebenar Johor Haramkan Vape Kerana Kecuaian Almarhum Tunku Abdul Jalil Hisap Vape? | Terkejut! Itulah reaksi pertama kami apabila terbaca kisah yang mengatakan pengharaman vape oleh Sultan Johor ada kena mengena dengan penyakit Almarhum Tunku Jalil.

Menurut seorang pengguna laman sosial yang bernama La Mia, Tunku Abdul Jalil yang menghidap kanser hati sebenarnya masih boleh dirawat. Namun, akibat kecuaian Almarhum yang menghisap vape, baginda mengalami kerosakan hati yang amat serius sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dengan kejadian yang menimpa Almarhum Tunku Jalil itu, negeri Johor mengharamkan penggunaan vape di Johor untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku kepada rakyat jelata. Itulah tanda kasih dan sayang Sultan Johor kepada rakyat jelata.

Berikut merupakan status La Mia di laman sosial yang berjaya menarik perhatian:

“Assalamualaikum, Almarhum Tunku Abdul Jalil.. Baginda menghidap kanser hati.. Penyakit baginda boleh dirawat lagi tetapi akibat kecuaian beliau kerana hisap vape sehingga menyebabkan kerosakan hati yang amat serius. Baginda telah dimasukkan ke hospital. Oleh itu, Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di negeri Johor untuk mengelakkan rakyat jelatanya mengalami kejadian sama. Betapa sayangnya Sultan kepada rakyatnya. Sebagai peringatan. Sekarang kita tahu kenapa Sultan haramkan vape.”

Punca-Sebenar-Vape-Diharamkan-Di-Johor-Adalah-Kerana-Tunku-Jalil.jpg

Apa-apapun, dakwaan La Mia ini adalah sangat mengarut. Sedangkan rokok Almarhum Tunku Jalil tak sentuh, apa lagi vape. Yang terkena wap vape adalah paru-paru bukan hati.

Reply