no comments

Sultan Johor Dedah Rasuah RM2 Juta Untuk Darjah Kebesaran, SPRM Tiba Di Istana

Sultan Johor Dedah Rasuah RM2 Juta Untuk Darjah Kebesaran, SPRM Tiba Di Istana

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Istana Johor hari ini, selepas menerima jemputan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bagi mengadakan pertemuan mendedahkan maklumat berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda untuk pemberian pingat kebesaran kerajaan.

Pertemuan antara baginda dan SPRM yang diwakili Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, diadakan di satu lokasi di sini.

Dzulkifli tiba dengan kenderaan rasmi ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dilihat meninggalkan kawasan itu pada jam 9.40 pagi. Dzulkifli terus menuju ke kenderaannya dan enggan mengulas mengenai pertemuannya dengan Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan ketika ditemui wartawan yang menunggu baginda di lokasi terbabit.

“I’m going shopping (saya ingin pergi membeli-belah),” kata baginda sambil berjalan keluar dari lokasi berkenaan ke kenderaan rasmi, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Semalam, Sultan Johor mengesahkan meminta wakil SPRM mengadap bagi mendedahkan nama individu yang cuba merasuah baginda sebanyak RM2 juta. Ia bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.

BHarian Online

Reply