no comments

Suami Bacalah “Inna Fatahna Laka Fathan Mubina” Untuk Isteri Dalam Labour Room

Inna Fatahna Laka Fathan Mubina. Di dalam setiap urusan hidup kita, kebergantungan pada Allah adalah kunci utama selepas cuba berusaha dan melakukan apa yang sepatutnya. Sebab itulah orang selalu kata doa, usaha dan tawakal perlu seiring.

Jika setakat berdoa tetapi tiada usaha yang pernah kita lakukan tak akan boleh capai impian itu.

Samalah juga jika seseorang itu menginginkan zuriat keturunan sendiri. Bukan setakat berusaha sahaja perlu tetapi doa yang berterusan juga perlu oleh pasangan suami isteri.

Bagi yang sudah memiliki zuriat Alhamdulillah diucapkan.

Di laman facebook Tazkirah Ustaz Ebit Lew, ada dikongsikan sep0tong ayat ini jikalau diamalkan pada masa yang kita merasa agak sukar terutama bagi para ibu atau wanita bakal melahirkan anak. Amalan ini adalah salah satu amalan terbaik yang boleh diamalkan.

Ayat yang dimaksudkan itu adalah ayat 1 surah Al-Fath. Ayat ini banyak kelebihan dan jika diamalkan dan penuh yakin kepada Allah, sesuatu perkara yang kita merasakan susah bakal dipermudahkan dengan oleh-Nya. Insyaallah… Jadi, jom kita sama-sama amalkan.

Inna Fatahna Laka Fathan Mubina

Ayatnya berbunyi begini:

Inna Fatahna Laka Fathan Mubina

Ayat ini elok diamalkan terutama semasa kita kita mahu membuka sesuatu yang susah. Contohnya nak buka tutup botol yang sangat ketat ke atau ketika terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal di dalam ke.. cubalah baca ayat ini.

Bagi para ibu yang akan atau bakal bersalin, elok dibaca dijadikan sebagai ayat selusuh oleh suami mereka. Baca pada air kosong lepas selepas itu bagi isteri minum semasa dalam labour room tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tetapi dengan syarat kena yakin dengan Allah.

Ayat ini elok juga dibaca untuk melembutkan hati seseorang. Perlu diamalkan selalu. Berdoa agar hati “Si Dia” yang kita hajatkan tu dapat dilembutkan hati. Haa..apa tunggu lagi. Jom terus beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Usaha, doa, tawakal. Insyaallah apa yang dihajati kita itu tercapai.

Sebenarnya ayat ini adalah salah satu ayat dari Al-Quran yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Namun, masih banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan di dalam kehidupan seharian kita.

Oleh itu, bagi umat Islam sangat disarankan untuk membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu kali sehari. Jika boleh baca banyak lagi bagus.

Reply