Cara Menunaikan Solat Sunat Taubat & Manfaatnya
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang melakukan dosa atau merasa bersalah kepada Allah SWT. Ia melibatkan penyesalan dan niat untuk kembali ke jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang melakukan dosa harus segera berwuduk, mendirikan solat, dan memohon keampunan kepada Allah. Allah pasti akan menerima permohonan itu. Ayat yang disarankan untuk dibaca mengingatkan bahawa Allah akan mengampuni dosa dan memberi pahala syurga kepada mereka yang bertaubat dan tidak mengulangi dosa tersebut. Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat, atau enam rakaat pada bila-bila masa, tetapi lebih baik pada waktu tengah malam.
Cara Menunaikan Solat Sunat Taubat
1. Dimulai dengan niat
اُصَلِّىْ سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi ta’ala
“Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
2. Bacaan Selepas Surah Al Fatihah
Rakaaat Pertama membaca Surah Al Kafirun
Rakaat Kedua membaca Surat Al Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir), selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
4. Setelah selesai memberi salam perlu memperbanyakkan beristighfar :
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.