no comments

Kata-kata Mengejutkan Dari Sofi Jikan Sebaik Dibebaskan!

Pelakon Sofi Jikan, akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana didapati positif dadah jenis ganja.

Ketika menuju ke lif selepas menjawab soalan-soalan wartawan, Sofi sempat mengeluarkan ayat “Kasi sengat!!! lu rembat wa, wa rembat lu” yang tidak pasti ditujukan kepada sesiapa.

Semasa diajukan soalan mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari selepas apa yang berlaku, Sofi menjawab: “Hanya Tuhan saja yang tahu.”

Pelakon yang popular dengan dialog “Wa Kasi Sengat” dalam filem KL Gangster itu turut melahirkan rasa syukur dengan dugaan yang menimpanya.

“Saya bersykur kepada Allah SWT. Alhamdulillah, saya dibebaskan hari ini. Saya nak balik rumah dan berehat. Mengenai dua rakan lain, saya berharap mereka dalam keadaan baik. Insya Allah semuanya dalam jagaan Allah SWT.”

“Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah… no komen,” katanya kepada wartawan di pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Maafkan saya, saya penat, no komen,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai penahanannya.

“Insya Allah selepas ini saya meneruskan penggambaran filem Polis Evo 2 dan beberapa projek lain. Bulan depan saya akan terbabit dalam filem baru. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya.”

 

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, pada jam 11 malam Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat Farid Kamil, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid Kamil mendakwa tiga rakan artisnya dikatakan meletakkan dadah dalam minumannya.

Selain Sofi, artis yang didakwa Farid itu adalah anggota kumpulan Innuendo iaitu Taj dan seorang lagi bernama Firdaus.

HMetro, Mstar

Reply