no comments

Innalillah… SM Salim Akhirnya Meninggal Dunia

Innalillah… SM Salim Meninggal Dunia

Biduan negara, Tan Sri SM Salim, 88, meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana, di Hulu Klang, pada jam 5.44 petang tadi akibat sakit tua. Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.

Arwah dilaporkan tenat sejak semalam hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang mengalami lumpuh sejak 17 tahun lalu hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Beliau penah bertugas sebagai juruhebah Radio Malaya (kini RTM) pada tahun 1957.

Beliau popular dengan lagu-lagu klasik selain turut diberi peluang bergandingan dengan penyanyi generasi baru.

Antara lagu duetnya yang popular ialah Pandang-Pandang Jeling-Jeling nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Satu bersama Zainal Abidin.

Lagu Apa Dah Jadi juga turut menaikkan nama beliau kerana karya itu seolah-olah mengusik mereka yang belum berumah tangga.

Keadaan Tan Sri SM Salim ketika ditemui di rumah anaknya di Ukay Perdana, Oktober lalu..

Allahyarham meninggalkan isteri tercinta Puan Sri Aishah Abdul Ghani, tujuh anak serta 13 cucu.

Reply