no comments

SKMM Kesan “Ratu Naga” Muat Naik Gambar Jelik dan Fitnah Rosmah Mansor

SKMM Kesan “Ratu Naga” Muat Naik Gambar Jelik dan Fitnah Rosmah Mansor

Satu serbuan dijalankan di premis suspek di Jalan Klang Lama pagi Selasa, beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM dirampas bagi membantu siasatan.

“Rakaman percakapan dengan suspek juga telah diambil,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, beberapa lagi individu yang turut memuat naik gambar-gambar dimaksudkan itu telah dikenal pasti dan operasi dipergiatkan untuk mengesan mereka.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama-sama┬áPolis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook ‘Ratu Naga’ untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut menjadi sasaran ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menurut kenyataan SKMM pada Selasa lalu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close