Sisa-sisa hidup saya untuk bantu agama dan bangsa – Tun Mahathir
Negarawan Negara yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad menganggap sisa-sisa hidupnya yang kini sudah berusia 95 tahun adalah untuk membantu bangsa dan negara.
Beliau juga sedar di peringkat umur sedemikian beliau sepatutnya sudah bersara. Namun, beliau melihat banyak perkara yang tidak berlaku ketika ini hingga ada pihak yang meminta pertolongannya.
“Orang minta t0l0ng, tak kan tidak t0l0ng. Sisa yang ada untuk bangsa dan negara.
“Hɛndak dapat pAngkat dan wang semua sudah ada. Kalau orang minta t0l0ng, kalau tidak t0l0ng tidak baik. Sɛbab itu saya ada di sini,” katanya.
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian ketika bɛrucap selepas majlis mɛmperkenalkan cal0n Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Taman Slim Permata di sini.
Pada majlis yang dihadirinya tersebut, Mahathir turut mengumumkan nama parti baharunya adalah Parti Pɛjuang Tanahair (Pɛjuang) yang diasaskan bersama bekas lima lagi ahli Parlimen Bersatu dengan menamakan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai cal0n mereka atas tiket bɛbas.
Didalam majlis itu, turut hadir bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Marzuki Yahya.
Hadir sama adalah pemimpin dari parti komponen Pakatan Harapan seperti Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Apa-apapun kita ucapkan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad kerana telah lama dia “berjasa” kepada negara kita Malaysia ini. Semoga Allah merahmati hidup beliau dan segala usaha dan niatnya untuk untuk membantu agama dan bangsa di negara ini diberikan pahala yang melimpah ruah.
Jgn mudahva terpedaya dgn kata2 siAtok tua ini, apa yg dia dah bantu memajukan taraf org Melayu dlm bidang perniagaan masih lagi 18% shj yg di capai semasa dia merentah, hanya yg nyata menkayakan anak2 keluarganya dan kroninya. Pandai merayu2 dgn kata2 lembut2 utk menfapat simpati dari raayat, terutama org Melayu kita. Dialah kleptokrat yg nombor 1 dinegara M’sia ini. Sepatutnya dia dihadap kemahkamah.
Buat la report hntar ke makamah 👍