no comments

Siapa Artis Popular Ini? Balik Kampung Kelahirannya Demi Bantu Penduduk Yang Terjejas Banjir

Selepas kampung tanah kelahirannya di Mambau, Negeri Sembilan dilanda banjir besar sejak 4 November lalu, seorang artis popular berusia 37 tahun bertindak membantu penduduk kampungnya yang terjejas akibat bẽncḁna itu.

Artis itu adalah pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad. Beliau berkata dia teruja untuk balik kampung dan membantu hampir 50 mḁngsḁ yang terjejas akibat banjir.

“Saya hanya dapat tengok melalui gambar dihantar kawan di kampung mengenai kejadian itu dan terfikir untuk turut membantu mereka yang terjejas termasuk kawan sekolah saya.

“Seingat saya, banjir seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, jadi saya membawa beberapa penaja untuk menyumbang seperti syarikat Mahsuri kerana saya duta produk ini dan Al Ikhsan Sports kerana saya ada kerjasama dengannya.

“Begitu juga kehadiran wakil Raudatul Mumtaz yang menyumbang baju Melayu dan al-Quran,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 3, Mambau, hari ini.

 

Nabil berharap usaha itu dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir besar melanda kampungnya itu.

“Saya membesar di sini dan ramai kawan sekampung yang sama sekolah. Pastinya saya perlu melakukan usaha membantu mereka ini.

“Sebenarnya saya cuba nak buat program ini lebih awal tetapi kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pergerakan agak terbatas dan baru hari ini saya dapat merealisasikan impian balik dan membantu penduduk terjejas.

“Mana mungkin saya boleh melihat sahaja tanpa melakukan sesuatu, mereka (penduduk kampung) dalam kesusahan dan saya boleh duduk dengan selesa di tempat saya (Kuala Lumpur), cuma baru sekarang saya ada kesempatan membantu mereka,” kata anak kelahiran Kampung Kayu Ara, Mambau itu.

Reply