no comments

Si Nepal Bergaji RM26,400 Sebulan Di Malaysia, Kerja Apa dia Buat? Memang Bergeliga Modus Operandinya…

Seperti kita ketahui, ramai warga asing berhijrah ke Malaysia disebabkan peluang pekerjaan di sini lebih baik dari negara mereka. Rata-rata mereka datang ke sini bekerja sebagai pekerja buruh dalam pelbagai sektor 3D, kebanyakkannya adalah sektor pembinaan dan pengilangan.

Namun, ada di antara mereka yang bijak mengambil peluang ini untuk memperolehi rezeki yang lebih baik dengan buah fikiran dan bakat yang ada pada dirinya.

Ia mengenai Suren, si Nepal yang dulunya hanya pekerja kilang, kini meraih pendapatan bulanan mencecah RM26,000.

Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan sebesar itu diceritakan oleh Perunding Hartanah iaitu saudara Izzat Ismail.

Kisahnya bermula apabila saudara Izzat Ismail pergi ke rumah sewanya yang lama untuk selesaikan beberapa barang peribadi beliau yang masih berada disana. Sangkanya tiada orang yang menyewa, rupa-rupanya rumah itu telah didiami oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya.

Berbual lama beliau dengan Suren, dari jam 10.30 malam, hingga jarum menginjak 12.20 tengah malam. Yang menariknya Suren berkongsi kejayaannya meraih pendapatan sebanyak RM26,000 sebulan walaupun berstatus warga asing di Malaysia!

Kata Suren, dia sebelum ini hanya bekerja sebagai General Worker di sebuah kilang di Rawang. Namun, beliau nampak potensi perniagaan apabila beliau melihat ramai pekerja Nepal menetap di Malaysia.

 

Maka, Suren mula membuka bisnes restoran, namun apa yang menariknya kedai makan tersebut adalah khas untuk orang Nepal sahaja. Modus operandi yang dijalankan Suren cukup bijak.

Ini kerana dia hanya menawarkan makanan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang dengan pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan.

Bayangkan, pakej makanan sehari dianggarkan lebih kurang RM7.30 beserta khidmat “free delivery”. Kalau pelanggan yang tidak mahu pakej bulanan, atau pelanggan yang mahu”walk in”, harga makanan akan jauh lebih mahal iaitu mencecah RM11.

Maka, kebanyakan pelanggan lebih berminat dengan pakej bayaran bulanan RM220 sebulan yang ditawarkan oleh Suren.

Sekarang Suren sudah ada pelanggan tetap Nepal yang mengambil pakej bulanan makan di restorannya seramai 120 orang. 120 orang X RM220 = RM26,400. Gempak tak!

Ini anggaran pendapatan kasar minima Suren, tidak dicampur dengan pelanggan yang “walk in”. Beliau sudah boleh menggaji 6 orang pekerja. Kakak iparnya sebagai “cashier”, abangnya sebagai “supervisor”, dua orang Nepal menguruskan “food packaging”, dan dua orang lagi Nepal sebagai “chef” atau tukang masak. Dan yang hebatnya, berjaya membeli sebuah kereta proton waja RM8000 secara tunai.

Jadual hidup Suren:
5.00 am – banngun dan pergi ke kedai
7.00 am – mulakan “delivery pertama”
10.00 am – Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 pm
5.00 pm – selepas mandi (kalau dia mandi la), Suren pergi semula ke kedai
6.00 pm – “delivery kedua”
10.30 pm – balik rumah tidur.

Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang. Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang, dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan.

Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Marilah berusaha memerah keringat!

-Krdt : FB Izzat Ismail

Reply