Shopping Tak Ingat Dunia, Isteri Terpaksa Balik Berbaring Macam Dalam Keranda
Perempuan dan shopping memang tidak dapat dipisahkan, dan tabḭat perempuan membeli-belah ini juga agak berbeza berbanding lelaki. Mereka ini memang pantang bila melihat sesuatu barangan yang kena dengan seleranya pada ketika itu. Tanpa berfikir panjang, terus masuk ke dalam troli, sampailah tiba masanya untuk pulang ke rumah barulah mereka mulai sedar..
Itulah yang dilalui oleh sepasang suami isteri ini. Gara-gara terlalu teruja membeli papan seterika bersaiz besar, seorang isteri terpaksa menempuh perjalanan pulang menaiki kereta dengan berbaring di sebalik kotak.
“Dengar cerita sampai sekarang kak tu masih kat bawah?
“Dengar cerita akak tu kena tindih dengan iron board. Alhamdulillah masih bernyẫwa lagi,” komện nẫkal netizen menerusi perkongsian vḭdeo yang tular di lamẫn s0sial.
Wanita berkenaan, Nurul Hidayahtul Kamaliah Abdul Rahime berkata, insiden berlaku ketika dia dan suami berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor.
Wanita berusia 24 tahun itu memberitahu, mereka sebelum ini mempunyai seterika wap jenis gantung atau berdiri yang mudah alih, tetapi akhirnya membuat keputusan mahu membeli model lain.
“Tapi kami tak reti pakai. Bila gos0k, masih berkedut tak macam yang kami tengok di kedai. Jadi, suami nak juga beli seterika wap yang g0sok cara biasa atas iron board.
“Ada iron board bersaiz kecil dan sederhana, tapi suami nak yang besar sebab kaki board lebih kukuh, mudah nak seterika dan letak barang lain di atasnya,” katanya ketika dihubungi.
Lebih mesra disapa Dayah, wanita itu berkata, sudahnya suaminya memutuskan untuk membeli seterika wap baharu termasuk papan seterika bersaiz dua kali ganda.
“Suami tiba-tiba nak cari iron yang boleh seterika dua helai baju sekali gus. Teruja sangat, dia pun beli juga iron board besar tanpa berfikir panjang.
“Di kaunter selepas buat bayaran baru terfikir macam mana nak bawa balik iron board sebesar itu menggunakan kereta Perodua Bezza milik suami… nak letak atas bumbung kereta tak ada peralatan pula untuk mengikatnya,” ujarnya yang berasal dari Klang.
Menetap di Setia Alam, katanya, kotak yang mengandungi papan seterika yang dibelinya begitu panjang, sekaligus tidak muat diletakkan di tempat duduk belakang atau but kereta.
“Memang tak muat, cuba senget-senget pun tak lepas. Kami kena turunkan seat penumpang hadapan, siap cabṳt penyandar kepẫla kerusi kereta.
“Bila diletakkan secara memanjang, kotak tu muat-muat hujungnya atas dashboard kereta dan bahagian dalam but di belakang. Tiba-tiba saya terfikir ‘Eh saya nak duduk mana?’
“Memang tak ada ruang sebab dah penuh barang lain di tempat duduk belakang dan but. Ruang yang ada untuk saya hanyalah di tempat duduk hadapan dan terpaksa berbaring di bawah kotak,” katanya.
Menurut Dayah yang mendirikan rumah tangga pada 2020, amat sukar bagi dirinya berada dalam keadaan baring di tempat duduk di sebalik kotak papan seterika, sepanjang perjalanan pulang ke rumah selama kira-kira 30 minit.
“Saya rasa macam baring dalam keranda. Jarak saya dengan kotak tak sampai sejengkal. Bayangkanlah, kita bukannya dalam keadaan mengantuk nak tidur, baring pula secara paksa.
“Tak boleh bangun, hanya boleh mengiring sikit. Memang rasa crẫmp di tengkuk termasuk tangan kerana menggunakan telefon bagi menghilangkan rasa bosan.
“Selalunya shopping guna kereta Perodua Alza saya yang lebih luas, tapi sebelum tu kami keluar beraya dengan kereta suami. Saya tertanya-tanya kenapa suami bawa kereta sl0w, adakah risau kotak terkena cermin kereta depan dan belakang?
“Tapi saya okay je, berbanding nak tunggu suami buat dua kali perjalanan untuk saya naik kereta dengan selesa. Nanti menyusahkan suami pula,” tambahnya.
Sementara itu, suami Dayah iaitu Muhammad Shahrin Jamaluddin, 28, mengakui memandu lebih berhati-hati bagi mengelak daripada terlanggar lṳbang sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
“Kereta Bezza tu baru je beli Mac lepas. Kiranya kereta baru untuk kegunaan harian dan kerja. Sebelum ni bawa motor atau kongsi kereta dengan isteri.
“Saya pandu lebih perlahan bukan semata-mata sebab kereta, tetapi risau keadaan isteri di bawah kotak. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah,” katanya. –mStar
FAKTA: Sebab-sebab Kenapa Perempuan Suka Shopping
Kepṳasan
Wanita rela menghabiskan wang dalam jumlah yang banyak hanya demi memṳaskan diri sendiri dengan barang-barang belẫnjaan yang dibelinya. Sesetengah wanita akan berasa puas apabila dapat memiliki sesuatu benda yang orang lain tiada. Hal ini kerana apabila mereka mengetahui bahawa terdapat satu brand yang terbaru dan kepuasan untuk berbelẫnja semakin meningkat.
Keinginan dan kehendak
Keinginan dan kehendak seseorang wanita sangat tinggi. Bagi wanita keperluan yang mereka inginkan perlulah sempurna seperti bahan alat mekap, bahan mandi, pakaian, perkakasan rumah dan sebagainya. Sekiranya tidak lengkap, menyebabkan sesuatu benda yang dilakukan seperti tidak sempurna.
Hilangkan stress
Shopping umpama terapi bagi kebanyakkan wanita. Wanita berbelanja disebabkan ingin menghilangkan strệss yang terjadi dalam diri mereka. Bila mereka bershopping, mereka akan lupa akan tệkanan yang ada dalam diri kerana dengan bershopping mereka hanya fokus benda yang mereka akan beli dan pilih. Dengan bershopping, wanita akan lebih gembira dan enjoy dengan suasana complex yang bermacam-macam kedai dan ragam orang.
Mereka Menikmatinya
Ketika kaum wanita memiliki wang dan waktu yang lebih, dapat dipastikan mereka akan pergi ke salah satu shopping complex dan berbelanja barang-barang yang dinginkan. Mereka menikmẫtinya tanpa alasan dan seolah-olah mereka jatuh cinta dengan kebiasaan berbelanja tersebut. Semasa bershopping mereka akan menikmati setiap saat sambil meneliti barang tersebut dengan betul.