Shopee Akan Tingkatkan Caj Komisen Bermula Minggu Ini
Kemaskini terbaru dari Shopee yang telah membuat perubahan kepada halaman penjual, pihak Shopee akan mula meningkatkan caj komisen kepada para penjual bermula 10 Januari 2023 tidak lama lagi.
Menurut sistem Shopee sebelum ini, Shopee telah mengenakan caj sebanyak 2% untuk semua produk yang dijual di websitenya. Namun bermula 10 Januari 2023 tidak lama lagi, caj terhadap penjual ini akan mula ditingkatkan kira-kira 2.5% sehingga 4% bergantung kepada kategori produk dan jenis-jenis barangan.
Berikut adalah maklumat lanjut dalam bentuk jadual :

Menurut jadual ini, barang eletronik akan mula dikenakan caj sebanyak 2.5% hingga 4% caj komisen, manakala barangan fesyen pula adalah 4%, barangan FMCG di antara 3% hingga 4% dan barangan dalam kategori gaya hidup adalah antara 3.5% hingga 4%.
Untuk makluman para penjual di Shopee, caj yang dikenakan ini tidak melibatkan caj SST dan lebih tinggi sekiranya dijumlahkan bersama.
Perubahan caj ini akan bermula pada 10 Januari 2023 terhadap penjual yang berniaga di Shopee. Walau bagaimana pun, caj ini tidak dikenakan kepada penjual yang mempunyai kurang daripada 100 barangan yang terjual sahaja. Peningkatan komisen ini hanya dikenakan kepada mereka yang berjaya menjual lebih 100 barangkan ke atas sahaja.
Shopee memaklumkan, dengan kenaikan caj komisen ini, membolehkan Shopee HQ beroperasi dengan lebih efisien dan memberikan khidmat pelanggan dengan lebih berkualiti serta usaha penambahan ciri-ciri baharu yang akan diberikan kepada para penjual.
Platform Shopee merupakan antara laman membeli belah antara yang paling popular di Malaysia. Carta menunjukkan Shopee antara top 5 laman membeli belah di Malaysia dengan jumlah pelawat 49.5 juta pada bulan December 2022.
Penubuhan Shopee bermula di Singapura yang merupakan sebuah Syarikat Multinasional Teknologi yang bertumpu kepada operasi e-dagang atau e-commerce. Shopee mula dilancarkan pada tahun 2015 dan terus berkembang. Setakat tahun 2021, Shopee PTE LTD ini telah memberikan perkhidmatan kepada pengguna dan para penjual di seluruh Asia Tenggara dan Timur dan termasuk di beberapa negara di Amerika Latin.
Platform Shopee dilihat sebagai sebuah laman mudah alih yang memberikan kemudahan untuk membeli dan menjual di mana sahaja. Ianya disokong lagi dengan sokongan logistik dan sistem pembayaran yang memudahkan. Ia juga memberikan jaminan keselamatan pembayaran yang melibatkan antara penjual dan pembeli.
Shopee terus berkembang dengan menyediakan sistem keselamatan pembayaran yang dikenali sebagai Shopee Guarantee, ianya berfungsi menahan pembayaran masuk ke penjual sehingga pembeli telah menerima barang yang telah ditempah. Ianya memberikan jaminan keselamatan kepada pembeli dan mengelakkan dari ditipu.
Buat para peniaga di Shopee, kenaikan kos perniagaan ini ternyata akan turut memberikan impak kepada kos operasi perniagaan khususnya untuk anda yang mempunyai kedai dan pekerja. Anda dinasihatkan untuk mempelbagaikan platform melalui laman digital yang lain supaya aktiviti ‘digital appearance’ tidak terhad kepada satu platform sahaja.