no comments

Sharnaaz Ahmad Buat Hal Lagi! Bakal Meringkup Ke Penjara Jika Gagal Membayar Denda….

Pelakon penuh kontroversi, Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kelab golf, Julai lalu.

Majistet Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan Sharnaaz menjalani tambahan hukuman dua bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sharnaaz didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka Gous Ali, warga Bangladesh, di Level 1, KLGCC, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 5.30 petang, pada 22 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farah Adila Noordin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sharnaaz, melalui peguamnya, Zulkifli Awang merayu memberi hukuman ringan atas alasan telah insaf.

“Tertuduh juga telah memohon maaf kepada pengadu,” katanya.

Suami kepada Noor Nabila itu hadir sendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pelakon ‘Suamiku Encik Sotong‘ itu kemudian membayar denda tersebut.

Reply