no comments

Setelah 17 Tahun ‘Bawang Merah Bawang Putih’. Wajah Terkini Revalina Mengejutkan Peminat

Sedar tidak sedar, sudah 17 tahun fenomena sinetron ‘Bawang Merah Bawang Putih’ telah meninggalkan kita, namun kesan dari drama tersebut terus dingati yang cukup terkesan di hati penonton. Lihat sahaja dua wajah watak utama sinetron tersebut, pasti kita akan mengingati kenangan kisah tersebut.

Gandingan hebat Revalina S Temat yang membawakan watak Bawang Putih bersama Nia Ramadhani membawakan watak antagonis Siska yang ketika itu baru berusia belasan tahun masih diingati hingga ke hari ini. Tambahan lagi penonton cukup terpukau dengan kecantikan mereka berdua yang menjayakan watak itu.

Zaman kian berubah dibawa arus masa, masing-masing telah meningkat usia dan kini mereka ternyata sudah dewasa dan membawa haluan mereka sendiri. Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat sudah pun bergelar isteri dan ibu kepada dua anak. Walaupun sudah dewasa beliau kekal cantik dan menawan yang memiliki auranya tersendiri.

Revalina dan Nia Ramadhani Terkini

Pemegang watak Bawang Putih ini telah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2016 dengan lelaki pilihannya Rendy Aditwa Gunawan. Revalina yang cukup dikenali pada zaman remajanya yang sering memakai pakaian mendedahkan aurat dan berimej s∊ksi kini tampil dengan imej menutup aurat, berhijab dan lebih sopan setelah pulang menunaikan umrah pada tahun 2017 yang lalu.

Berimej muslimah dengan penuh elegan, ibu kepada anak yang bernama Rihga Sadiwasakti Rabbani kekal cantik walaupun berpenampilan sederhana. Revalina telah melahirkan anak keduanya bernama Ravendra Satya Razzani pada tahun 2019. Meskipun kini beliau sudah bergelar ibu beranak dua, namun jelitawan yang sudah berusia 35 tahun itu tetap anggun dan pandai menjaga penampilan diri.

Berbicara soal kariernya, beliau pernah membintangi beberapa drama yang popular di Indonesia antranya Asalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Serban dan Hijrah Cinta.

Melihat perkembangan beliau yang terkini, Revalina S Temat dilihat tidak lagi aktif dalam dunia seni sejak berkeluarga beberapa tahun yang lalu, Revalina kini lebih fokus mendirikan perniagaan dan bergelar usahawan untuk memperoleh pendapatan. Beliau memiliki perniagaan dengan jenama Tifle’s By Revalina S Temat.

Jelitawan ini juga dilihat selesa mengenakan imej yang matang dan elegan. Apabila melihat gaya fesyen yang dipakai beliau, jelas menunjukkan peribadinya yang sukakan busana yang bersifat santai dan gaya sederhana. Beliau kerap memakai tudung bawal dengan solekan yang ringkas, ianya sudah cukup memadai dan memperlihatkan kelembutan wajahnya sebagai seorang ibu.

Revalina S Temat telah dilahirkan di Jakarta Indonesi pada 26 November 1985, beliau merupakan seorang pelakon berketurunan Palembang, Malaysia dan Minangkabau. Beliau adalah anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik.

Beliau muncul sebagai anak seni setelah menyertai rancangan Gadis Sampul pada tahun 1999. Kemudian beliau telah menjadi model dan kemudian bergerak sebagai pelakon dalam filem dan sinetron. Antara lakonan yang telah muncul di kaca tv adalah Sinetron Percikan, Sangkuriang, Cintaku di Kampus Biru 2 dan paling popular yang menaikkan namanya iaitu Sinetron Bawang Merah Bawang putih.

Antara filem lakonannya ialah Pocong 2007, Cintaku Forever 2007 yang telah digandingkan dengan Yusry KRU. Selain itu ialah Oh My God 2008,, Perempuan Berkalung Sorban 2009, dan beberapa filem lain.

Imej yang terkini Revalina S Temat cukup membuatkan peminat gembira apabila melihat beliau lebih ke arah keagamaan dan itulah contoh terbaik yang perlu ditonjolkan sebagai seorang insan yang dikenali. Dengan imejnya yang berhijab itu dapat dijadikan ikutan buat peminat diluar sana supaya mengenakan pakaian yang baik serta diredhai Allah S.W.T.

Reply