Sering dilanda Sakit Sendi Kaki? Tips untuk Mengurangkan Kesakitan Gout Anda!

Apa itu Gout

Gout adalah sejenis artritis akut yang menyebabkan kesakitan yang sangat teruk dan bengkak pada sendi. Penyakit ini berlaku akibat pengumpulan asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin yang terdapat secara semulajadi dalam badan dan juga dalam sesetengah makanan. Biasanya, asid urik disingkirkan melalui air kencing.

Mengamalkan diet khusus boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Walaupun diet tidak dapat menyembuhkan sepenuhnya, ia mampu mengurangkan risiko serangan ini dan memperlahankan kerosakan sendi. Namun begitu, perlu mengikuti diet ini masih perlu mengambil ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik dalam darah.

Punca dan Sebab Terjadi Gout

Cara Mengurangkan Kesakitan Gout

“Seseorang bertanya, adakah gout menyakitkan? Ya, kadang-kadang rasa sakitnya sangat tidak tertahan. Oleh itu, anda perlu mengetahui makanan yang menjadi punca gout dan cara untuk mengatasinya seperti yang dijelaskan di bawah ini:”

  • Kekal minum air mineral
    Pastikan anda minum air yang cukup, iaitu sekitar 8 gelas sepanjang hari, walaupun deria rasa anda mungkin berubah. Ini penting kerana ia membantu mengeluarkan asid urik dari sistem tubuh anda.
  • Rehat secukupnya
    Apabila anda kena penyakit ini, dinasihatkan agar tidak melakukan pergerakan yang banyak.Ini kerana boleh menyebabkan kesakitan yang dialami tidak akan sembuh.Oleh itu,disyorkan berehat sehingga keadaan pulih.
  • Kawal Makanan
    Untuk tidak berlanjutan sakit ini, haruslah diingatkan agar dapat mengawal makanan yang menyebabkan terjadinya iaitu seperti makan
    – Makanan Laut seperti Ikan bilis,Tuna di dalam tin,Kerang,Sotong,Udang, Ketam
    -Semua jenis kekacang
    -Organ Dalaman
    -Daging Merah
  • Pengambilan Ubat Ubatan yang disyorkan oleh doktor
  • Boleh amalkan minum ClearGout bagi mengurangkan asid sulfurik dalam badan

Oleh itu, saya sarankan agar kita semua menjaga cara pemakanan agar dapat mengelakkan penyakit seperti ini melanda kita. Harus dingat bahaya inya punca daripada kita juga dan kita juga dapat mengurangkan risiko ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top