Kenyataan Kelakar Presiden Seniman Zed Zaidi Tentang Isu Neelofa Buat Ramai Geleng Kepala
Presiden Seniman, Zed Zaidi sekali lagi muncul dengan menyuarakan sokongan terhadap tindakan usahawan tudung, Neelofa berhubung isu hangat yang sedang melanda ini. Menurutnya itu adalah pendekatan yang diambil Neelofa untuk berdakwah di pusat hiburan.
“Neelofa mungkin ada pendekatan tertentu “untuk berdakwah” dengan memilih pusat hiburan itu untuk melancar tudungnya” kata Zed Zaidi.
Selain Zed, pengarah terkenal, Erma Fatima juga menggesa agar Neelofa tidak mempedulikan kecaman orang mengenai lokasi yang dipilihnya. Menurut Erma tidak salah menganjurkan acara di kelab malam, dan menyeru netizen tidak ‘sibuk’ menjadi Tuhan di media sosial.
“Saya berharap netizen jangan jadi Tuhan pula untuk menghukum orang lain. Ia mungkin strategi pemasarannya untuk melancarkan koleksi tudung di pusat hiburan pula. Tiada salahnya untuk buat majlis pelancaran di pusat hiburan.
Dalam pada itu, Neelofa mendakwa kontroversi majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di pusat hiburan Zouk itu diperbesarkan oleh mereka yang tidak berada di lokasi berkenaan.
Neelofa berkata, tetamu acara itu lebih tahu situasi sebenar di mana premis terbabit berubah daripada sebuah kelab kepada ruang acara pelancaran produk.
“Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara.
“Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih,” katanya.
–Malaymail Online,BHarian