Senarai Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ( ABPBH Ke 36 )

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) atau Anugerah Bintang Popular (ABP) ialah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan. Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan  yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format pengundiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.

Pemenang bagi setiap kategori dipilih melalui undian oleh peminat, menjadikannya salah satu anugerah yang sangat berprestij kerana ia mencerminkan sokongan ramai terhadap artis kegemaran mereka.

Tahun ini Anugerah Bintang Paling Popular ( ABPBH 36 ) jatuh kepada AINA ABDUL dengan catatan undian melebih 8 juta pengundi dan membawa pulang hadiah sebiji kereta SUV mewah. Aina Abdul jug turut memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Paling popular pada kali ini

Berikut adalah senarai pemenang utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 yang berlangsung pada 11 Oktober 2024:

  • Bintang Paling Popular: Aina Abdul
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: S. Atan (Datuk Hashim Said)
  • Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar
  • Penyanyi Wanita Popular: Aina Abdul
  • Aktor Filem Popular: Aedy Ashraf
  • Aktres Filem Popular: Fasha Sandha
  • Aktor TV Popular: Hun Haqeem
  • Aktres TV Popular: Anna Jobling
  • Artis Baharu Lelaki Popular: Shah Radhy
  • Artis Baharu Wanita Popular: Erysha Emyra
  • Pengacara TV Popular: Uyaina Arshad
  • Penyampai Radio Popular: Khairy Jamaluddin (KJ)
  • Artis Komedi Popular: Senario

Kategori ekstra juga merangkumi pemenang seperti:

  • Lagu Paling Boom Popular: “Masing-Masing” oleh Ernie Zakri & Ade Govinda
  • Artis Sensasi Popular: Siti Nordiana

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top