Najib Sudah Menghadap Agong! Ini Senarai Nama 3 Calon Bakal MB Kedah Baru!
Najib Menghadap Agong, Ini Senarai Nama 3 Calon Bakal MB Kedah Baru!
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sudah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Memetik laporan sebuah portal, kereta rasmi kerajaan yang membawa Najib tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 7.58 pagi tadi.
Difahamkan, sumber terdekat portal tersebut mendakwa Najib menghadap Seri Paduka dengan membawa senarai calon Menteri Besar Kedah ke-12 untuk dipersembahkan dan mendapat perkenan Tuanku. Ia berikutan kegagalan rundingan Najib bersama Mukhriz selepas anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menolak tawaran dilantik sebagai timbalan menteri dan mahu kekal menteri besar Kedah pada pertemuan di Langkawi Ahad lepas.
Sumber memaklumkan keengganan Mukhriz menerima tawaran sebagai punca Najib tidak bertolak-ansur dan nekad membuat keputusan memecat menteri besar penggal pertama itu.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah juga dipanggil berjumpa Najib di Putrajaya semalam bagi mendapatkan pandangan setiap seorang.
Adun Kota Seputeh Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan semasa program bersama Mukhriz di Ayer Hitam malam tadi, mengatakan beliau merayu kepada Najib supaya mengekalkan menteri besar. Abu Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan Adun yang hadir bersama bertemu Najib semalam.
Setakat ini, seramai 19 Adun sudah menandatangani pengakuan SD menolak Mukhriz.
Berikut adalah 3 Senarai Calon Menteri Besar Baru yang bakal menggantikan Mukhriz :-
1- Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Adun Bakar Bata)
2- Datuk Tajul Urus Mat Zain (Adun Tanjung Dawai)
3- Datuk Zaini Japar (Adun Bukit Kayu Hitam)
Sementara itu, mesyuarat Exco kerajaan negeri Kedah diadakan di Wisma Darul Aman bagi menentukan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Jika tidak cukup kehadiran ahli Exco, kerajaan dibawah pimpinan Mukhriz tidak lagi dapat berfungsi.
Hari ini adalah hari untuk rakyat Kedah menyaksikan siapa antara Exco yang akan hadir untuk kelangsungan kerajaan pilihan rakyat, dan siapa pula yang tidak hadir bagi menggagalkan fungsi kerajaan yang telah dipilih rakyat Kedah.
Setakat ini hanya seorang sahaja Exco yang hadir ke Wisma Darul Aman iaitu ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar, merangkap exco belia, sukan, kebudayaan dan pembangunan islam Kedah.