no comments

SEMUA SELAMAT; Bot Boarding KD Perdana TLDM Yang Hilang Dah JUMPA…

SEMUA SELAMAT; Bot Boarding KD Perdana TLDM Yang Hilang Dah JUMPA…

Bot boarding milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana yang hilang selepas terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, sudah ditemui.

Anak kapal KD Perdana diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan yang terputus hubungan dengan kapal sejak Sabtu lalu itu ditemui selamat oleh kapal dagang, hari ini.

Penemuan itu dimaklumkan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin melalui akaun Twitternya kira-kira 8 malam tadi.

“Bot itu ditemui pada jarak 90 batu nautika dari Timur Kuantan oleh sebuah kapal dagang.

“Ekoran laporan daripada kapal dagang, pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditugaskan dan melaporkan bot ditemui selamat.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) bot KD Perdana dilakukan semua pihak termasuk kapal dagang dan nelayan di kawasan pencarian. Dipercayai hanyut ke utara,” katanya.

Difahamkan pasukan penyelamat sudah dikerahkan ke lokasi penemuan bot berkenaan.

Kronolgi kehilangan itu bermula pada 9.30 pagi, Sabtu lalu apabila KD Perdana mengesan 10 bot nelayan warga Vietnam di perairan Sedili dengan lima daripadanya berjaya dihalau keluar ke Zon Ekonomi Esklusif (EEZ), manakala lima menghala ke utara Tanjung Sedili.

Pada 1 tengah hari, lima bot nelayan asing dikesan dengan bot peronda diarahkan pergi memeriksa dua bot nelayan asing yang bergerak ke barat, manakala KD Perdana menghalau tiga bot lain.

Pada 1.30 tengah hari, KD Perdana gagal menghubungi bot berkenaan melalui walkie talkie dan memulakan operasi pencarian sebelum operasi dimulakan secara rasmi pada 7.30 malam.

Antara aset yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec.

Senarai anak kapal KD Perdana TLDM yang hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi malam tadi.

  • 1) Leftenan Mohd Hidir Yusof
  • 2) LK KOM Mohd Zaidi Rahim
  • 3) LK PAP Mohamad Rabidzi Rodzian
  • 4) LK PAP Mohd Nurul Shahiran Salwi
  • 5) LK KOM Mohd Akmalnizam Amdan​
  • 6) LK KOM Suhaimi Shamsudin
  • 7) LK I TMK Faisal Iskandar Alias
  • 8) LK I TMK Mohd Fitri Ab Melek
  • 9) LK I TMK Zulhusni Sherhutdin

HMetro Online

Reply