no comments

Tengah Syok Bersembang Tepi Jalan, Tetiba Datang Si Kancil Merempuh! Lihat Apa Berlaku Seterusnya…

Tidak kira apa jua keadaan jalan, tambah lagi dengan hujan, ia memang mampu mengundang bahaya ketika memandu. Dalam situasi yang tidak diduga atau tak terjangka, apa saja boleh berlaku lebih-lebih lagi sekiranya kurang tahap fokus ketika memandu.

Lihat apa yang menimpa beberapa orang remaja yang sedang asyik bersembang di tepi jalan, apabila tiba-tiba dirempuh dengan sebuah kereta jenis perodua Kancil yang tidak sempat menghentikan kenderaan.

Kejadian itu secara kebetulan sempat dirakam menggunakan kamera telefon pintar salah seorang dari mereka.

Difahamkan, kereta tersebut yang dipandu agak laju terbabas selepas pemandunya terkejut sebaik melepasi selekoh tidak jauh dari kumpulan remaja itu, apabila mendapati mereka sedang berkumpul dan bersembang di pertengahan jalan dilaluinya.

Gara-gara terpaksa menekan brek secara mengejut, kereta itu terpusing dan terbabas sebelum merempuh kumpulan remaja tersebut.

Kumpulan remaja berkenaan yang menunggang motorsikal, difahamkan sedang asyik berbual sesama mereka tentang kejadian kemalangan yang baru dialami.

Menurut sumber media sosial, mereka terjatuh di jalan tersebut akibat terdapat kesan tompokan minyak yang membuatkan jalan berkenaan menjadi licin.

Lihat video di bawah yang memaparkan kejadian terbabit.

 

Tidak dapat dipastikan dimanakah kejadian itu berlaku. Apa pun, sentiasalah amalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati tidak kira waktu, cuaca mahupun keadaan jalan.

Reply