no comments

Semakan Daftar Pemilih PRU-15, Ini Cara Terkini Untuk Semak & Kemaskini, Hanya Masukkan IC

Daftar Pemilih PRU-15 kini boleh disemak sekarang dengan mudah dan senang. Berikutan pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen untuk pengisytiharan Pilihan Raya Ke 15 yang bakal dimesyuaratkan pada 20 Oktober ini, anda sudah boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui lokasi mengundi anda pada pilihan raya kali ini.

Mengikut , Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Mengikut jangkaan ini, PRU-15 sudah pasti bakal diadakan sebelum tarikh 9 Disember 2022.

Kini, dengan mengemaskini dan periksa semula lokasi mengundi anda, anda sudah boleh membuat persediaan untuk check semula lokasi dimanakah Parlimen dan Kawasan Dun yang anda terlibat semasa Pilihanraya Umum ke-15.

Berikut Adalah 3 Cara Semakan Daftar Pemilih PRU-15 & Lokasi Mengundi PRU-15 2022.

3 Cara berikut Adalah Cara Semakan Daftar Pemilih PRU-15 Terkini:

  1. Melalui Portal MySPR
  2. Guna Aplikasi MySPR
  3. Talian Hotline SPR

Cara Semakan Daftar Pemilih di Portal MySPR Semak.

  1. Lawati laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Klik butang SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan Contoh (89xxxxxxxxx) atau No Perkhidmatan Tentera Contoh ( Txxxxxx ) atau No Perkhidmatan Polis Contoh ( RFxxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx) Tiada sempang – atau jarak semasa masukkan maklumat anda.
  4. Anda diminta memasukkan aksara captcha ( 4 nombor ) untuk pastikan anda bukan robot.
  5. Anda boleh semak info peribadi dan lokasi pendaftaran anda yang menunjukkan info berikut:
  • Info peribadi anda seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina
  • Lokasi mengundi,daerah, Parlimen ,DUN, Negeri yang disahkan.
Semakan Daftar Pemilih PRU-15

Kaedah kedua adalah semakan melalui Aplikasi MySPR Semak. Mudah untuk anda periksa melalui telefon pintar anda.

Cara Semakan Daftar Pemilih Melalui Aplikasi MySPR Semak di Telefon Pintar.

  1. Sila muat turun aplikasi MySPR Semak mengikut langkah-langkah berikut:

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.

3. Sila isikan aksara captcha yang mengandungi 4 angka.

4. Anda boleh semak info peribadi dan lokasi pendaftaran anda yang menunjukkan info berikut:

  • Info peribadi anda seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina
  • Lokasi mengundi,daerah, Parlimen ,DUN, Negeri yang disahkan.
semakan daftar pemilih

Kaedah yang ketiga adalah menerusi Hotline SPR.

Hubungi Hotline SPR

Ini untuk pemilih yang ingin terus hubungi pihak SPR , anda boleh hubungi menerusi talian bernombor 03- 88927018.

Tujuan MySPR Semak diwujudkan adalah untuk memudahkan pemilih membuat semakan status pendaftaran pemilih dan lokasi mengundi untuk semua jenis pilihan raya iaitu Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Bukan itu sahaja, menerusi aplikasi tersebut juga, pemilih boleh mengetahui calon yang bertanding dan keputusan semasa pilihan raya.

Dengan kemaskini terbaru ini diharapkan dapat membantu semua pemilih yang berdaftar untuk mudah mengakses status terkini melalui pelbagai kaedah. Ini juga salah satu inisiatif Suruhanjaya Pilihanraya untuk memudahkan semua golongan samada yang celik IT mahupun yang kurang pendedahan dengan kemudahan IT.

Reply