no comments

Seliter RM4.09! Harga Minyak Petrol Rupanya Naik RM2 Ringgit Setiap Liter!

Seliter RM4.09! Harga Minyak Petrol Rupanya Naik RM2 Ringgit Setiap Liter!

Harga minyak petrol bagi RON95 dan RON97 yang sepatutnya hanya naik masing-masing sebanyak 7 sen bagi setiap liter iaitu kepada harga RM2.08 (RON95) dan RM2.36 (RON97) didakwa telah melonjak sebanyak dua kali ganda (naik RM2.01 untuk RON95 dan RM2.36 bagi RON97 bagi setiap liter).

Perkara itu disedari oleh orang ramai yang telah mengisi minyak petrol sejak semalam. Harga yang dipaparkan pada pam minyak petrol bagi RON95 ialah RM4.09 seliter manakala RON97 pula berharga RM4.65 seliter.

Harga tidak munasabah itu juga turut dipaparkan pada resit pembelian bahan api itu. Orang ramai mengirimkan segala bukti-bukti bergambar berhubung dakwaan tersebut di facebook. Malah ada juga yang menyiarkan bukti dalam bentuk rakaman video.

Cuba semak harga sebelum anda mengisi minyak kenderaan anda hari ini. Segelintir pihak mengesyaki pengusaha stesen minyak sengaja ‘terlajak’ letak harga mahal bagi menampung kerugian yang dialami mereka sejak beberapa minggu lalu akibat tindakan kerajaan menetapkan harga minyak setiap minggu.

 

Milo suam

Reply