SELEPAS DIGASAK.. AKHIRNYA NAJIB TERDUDUK DAN GULUNG TIKAR…!!!
SELEPAS DIGASAK.. AKHIRNYA NAJIB TERDUDUK DAN GULUNG TIKAR…!!!
Isu 1MDB yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib terus berlarutan.. Najib yang berterusan berdiam diri tentang skandal 1MDB kini seolah-oleh menampakkan yang beliau terlibat dalam skandal tersebut. Kehilangan wang berbilion-bilion ringgit dan negara terpaksa menanggung bebanan hutang sebanyak RM42 bilion itu. menunjukkan satu kegagalan dalam pentadbiran DS Najib.
Semakin hari, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Najib semakin hilang. Baik dari pembangkang, mahupun penyokong-penyokong parti (UMNO).
Baru-baru ini, Mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, meminta DS Najib menjawab semua kritikan itu secara terbuka (dialog) berkaitan dengan penyelewengan syarikat gergasi itu. Namun, Najib seakan mengelakkan untuk bertentang mata bersama Tun M. Bagaimanapun, tindakan Tun M itu membawa impak buruk kepada dirinya. Legasi dan jasa besar Tun M kepada negara dimusnahkan oleh Najib.
Hari ini.. Najib mula bersuara..
Katanya.. 1MDB telah banyak berjasa dan menyumbang pada pembangunan Islam di Malaysia termasuk pembinaan masjid Jamek kampung Baru.
PM menyatakan jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar.. Ini memberi maksud seolah olah PM mahu rakyat khususnya umat Islam memberikan kemaafan pada apa pun kesalahan yang di lakukan oleh 1MDB.. Sebab? 1MDB pun buat baik juga..
Namun sebaliknya menerima kritikan dan tohmahan dari pelbagai pihak.
_______________________________________________________________
Akhirnya… Perdana Menteri, Dato Seri Najib terduduk dan ‘Gulung Tikar’ dalam satu majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak ketika lawatannya dua hari di Sarawak pada 15 dan 16 Jun lalu.