Selamat Pagi Putrajaya! Kami Akan Kembali Tidak Lama Lagi, kata MP DAP
Ahli Parlimen Kulai, Johor dari Parti Democratic Action Party(DAP) iaitu Teo Nie Ching hari ini telah memuatnaik sekeping gambar di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Dalam gambar itu kelihatan beberapa orang termasuk MP DAP itu dengan penjarakan sosial.
Teo Nie Ching merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum Kerajaan Pakatan Harapan runtuh.
Kini beliau tidak lagi memegang jawatan Timbalan Menteri susulan Kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi mendapat majoriti untuk memerintah Malaysia. Kini kerajaan telah bertukar kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam Kerajaan Perikatan Nasional, parti DAP tidak turut serta tetapi hanya disertai oleh PAS, UMNO, MCA, MIC dan beberapa lagi parti lain.
Teo Nie Ching dalam akaun facebook rasminya memuatnaik sekeping gambar dengan “caption“, Good morning Putrajaya! We will be back soon .
Ianya menjadi tanda tanya buat masyarakat umum ketika ini. Adakah akan ada gerakan menjatuhkan kerajaan yang ada ketika ini dan akan digantikan dengan Pakatan Harapan kembali?
Apa-apa pun sama-sama kita tunggu apa yang akan terjadi selepas ini.
Anda boleh melihat posting dari Teo Nie Ching di bawah ini.
Sultan Sharafuddin juga menitahkan supaya tohmahan terhadap pentadbiran negara yang didakwa sebagai kerajaan pintu belakang atau rampasan kuasa, harus dihentikan segera.
Sultan Sharafuddin juga menitahkan supaya tohmahan terhadap pentadbiran negara yang didakwa sebagai kerajaan pintu belakang atau rampasan kuasa, harus dihentikan segera.
“Baru-baru ini, kita melihat perubahan kepada tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan.
“Beta sendiri mengikuti perkembangan perubahan kuasa tersebut yang dilaksanakan Yang di-Pertuan Agong dengan cukup berhati-hati selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.